Wednesday, November 18, 2009

I'm Back!

Wahhhh!!!
Sungguh lama aku tak update blog kesayangan ku ini..(blink! blink!)
Sebenarnyaaaa...dah seminggu aku tak boleh upload pict dlm blog ni. Asyik failed je upload. Apa masalahnya pun aku tak tahu lah..penat dah aku 'godek' itu ini. Tak mau jugak dia upload pict. Ditambah pulak dengan keje aku yg semakin menimbun2. Sejak 2 minggu kebelakangan ni, ada beberapa kwn lama + client lama aku yg suh dok wat freelance design untuk diaorg. So, nak ke taknak terpaksa lah tolong gak. Tapi aku tak kisah sebab, buat design ni dah memang minat aku...nanti aku cite pasal freelance job ni k..sekarang aku nak cite pasal last week kitaorg gi jalan2 kat MID VALLEY.

Kalau korang nak tahu, dah begitu lama aku tak gi mid valley. Last aku pegi masa mengandung 9bulan. Gi tengok wayang ngan hubby. Pastu bila dah ada baby, malaslah nak gi tempat2 mcm tu. Ramai org..So, mggu lepas, memandangkan mood alisha ok..sabtu tu, lepas hubby settlekan keje kat ofis..kitaorg pun berdezuppp! la pegi mid valley. Tujuan sebenar ialah nak cari tempat mkn...tu yg tak toleh kiri kanan lagi tu. Lapar giler! So, sampai mid valley, terus kitaorg gi level bawah cari pot...dan akhirnya memilih....(inipun setelah tawaf nak dekat 100x sebelum buat pilihan)


'The Manhattan Fish Market'





Muka hubby yg sungguh kelaparan..Mcm nak terkeluar air liur sementara tggu makanan sampai. Tapi, aku suh gak dia senyum.


Sungguh menyelerakan!
Bawah sekali ada nasi goreng. Atas nasi tu, dia letak seafood mcm oyster, udang, sotong dan ikan yg digoreng dan disalut tepung. Pastu ada kentang goreng, coeslow dan beberapa jenis sauce. Ada gak dia letak lemon dan tomato. Sebelum dihidangkan, waiter akan bakar atas hidangan ni dgn api..saje lah tu nak bikin gempak depan kitaorg! elehh..kitaorg tak tekejut pun..


Aku ngan hubby kerjekan!


Lepas makan..kekenyangan! Nak bangun pun dah malas.

Friday, November 6, 2009

HAJJAH NUR ALISHA

Ehh..eh..ehhhh...kecik2 dah naik aji..Takde apa nak buat malam ni. Jadi aku mengeksploitasikan Alisha. Kebetulan budak busyuk ni malam ni tido lambat, mungkin siang hari tadi, dia dah tido, tu yg malam ni dah kul 10 pun dok terkebil2 lagi sambil teriak2 kesukaan! Apalagi!!...Jom usha..


kihkihkhihkhihk...comel anak ummi


cubalah aksi ini kalau anda nak anak anda boring di rumah tak tau nak watpe.

Wednesday, November 4, 2009

Tercepit Cermin Kete!

Gmbr ni aku amik masa Alisha tido mlm td ni. Tanda lebam dah kurang sikit. Masa siang td, aku nak pegang jari dia, dia tak bg..td siang lebam betul.sampai takut aku tgk.


Apa perasaan korang kalau anak korang tercepit cermin? Ditambah plak, korang sebagai mak dia yg 'buat' plak tu. Pagi td, aku, hubby n Alisha nak kuar. Masa nak masuk dlm kete, aku masuk dulu, then nnti hubby akan past Alisha pd aku stelah aku membetulkan posisi duduk ku. Lepas aku betulkan posisi duduk aku, dengan pantas aku tekan button cermin tingkap naik keatas...dan tiba2 hubby yg berdiri disebelah pintu aku menjerit..Mama!!! bukak tingkap!! Tgn Alisha!! yg aku plak punya gabra, sampai lupa button depan atau button belakang utk turunkan tingkap. Kalau aku salah tekan, manalah tahu tertekan button naikkan lagi cermin tingkap tu, makin kuatlah jari Alisha kene tekan...aduhai!!!. Hubby kata, cepat ma!!! aku pun nekad je tekan..nasiblah cermin tingkap turun. Hubby cepat2 tarik tgk Alisha..apalagi, menjerit sekuat2nya lah Alisha..aku pun sambil tgn, bdn, kaki menggigil2 terus amik Alisha, bawak naik atas dan sapu minyak. Pastu bg dia breasfeed then hubby lak tiup tgn dia kuat2 supaya rasa sakit kurang sikit. Nasiblah kene kat hujung jari je. jari tengah dan jari manis. Alisha menangis lagi dlm 15mnt. Dan setelah kitaorg pujuk2..lama2 dia diam. Setengah jam lepas tu aku, nmpk dia dah bole pegang mainan. Syukurrrrr...sampai skrg, rasa menyesal dlm diri aku masih tak hilang lg..Maaf Syg. Apa yg menyedihkan aku, hari ni genap Alisha 6bulan...tak tiup lilin, tapi tiup jari lak..


Mlm td, sebelum tido, aku cuba tekan sikit jari dia, dia diam..mungkin dah kurang sakit kot. Lega sikit hati aku.

Hujung Mggu Lepas

Wah..dah berapa hari aku tak update blog ni. Semenjak kebelakangan ni, aku agak banyak keje yg perlu dibuat, ditambah pula dengan line internet yg tak berapa bagus membuatkan aku malas nak online sgt. Kalau online pun, stakat Facebook atau Ym. FB pun kalau bukak, lambat sgt received comment. Kesudahannya, aku sendiri yg marah. Lagipun semenjak dua menjak ni, Alisha asyik tido lewat je, so..masa nak online jadi terhad. Bila start tengah malam je, aku akan temankan hubby tgk DVD. Hubby aku mmg hari2 akan tgk DVD sebelum tido. Nanti ada masa aku tunjukkan koleksi DVD hubby ok! Mmg banyak giler..kalau dikumpulkan semula, dah boleh bukak kedai DVD cetak rompak kot...Hahahahah!!

Setiap hujung minggu, hubby akan bawak aku ngan Alisha ronda2. Tak kiralah kemana pun. Yg penting jenjalan..Sebab itulah janji hubby kat aku ngan Alisha. Kalau tak sabtu, ahad. Hari biasa, hubby mmg takde masa langsung untuk kitaorg, hubby selalu pulang lewat sebab keje yg menimbun. So..hari biasa, aku takkan kacau hubby wat keje. Tapi kalau sabtu atau ahad, hubby tak bawak aku ngan Alisha jenjalan, jawabnyer muncunggggggggg.........sedepa! Hujung mggu lepas, Ahad..hubby bawak kitaorg gi WANGSA WALK (shopping complex baru kat wangsa maju). Takde apa yg kitaorg beli, cuma baju sepasang sorang, yg lain tu makan!! Sabtu lak, hubby ajak aku gi mkn lagi...nasi lemak kat MARLIS CORNER. Mmg marvelous! (sampai gmbr pun lupa amik)


Alisha yg monyok sebab dia tengah tido dlm kete, pastu aku angkat masuk dalam stroller. Kiranya tak cukup tidolah ni. Tapi nasib dia tak merengek. 5mnt lepas tu, dia tido semula.

Ini first time aku makan kat POPEYES. Dia lebihkurang mcm kfc. Ada ayam, bun, coslow, kentang putar. Cuma rasa je lain sikit dr kfc. Hubby amik set ayam goreng. Aku lak amik set ikan. Pastu kitaorg tukar2. Hikhihkhihk..


Thanks hubby sebab bawak kitaorg jenjalan. Minggu ni tak rancang lagi nak gi mana.

Tuesday, October 27, 2009

balik kampung lagi.

Sedar tak sedar, aku dah kat KL sekarang. Aku balik dari kampung, isnin petang. Kitaorang balik Johor Jumaat malam pukul 10 lebih dan sampai ke Johor dalam kul 2pg. Sampai je umah, hubby terus tido sebab terlalu mengantuk. Apa taknya, balik kerja, mandi2, makan then terus drive ke Johor. Sepanjang perjalanan, Alisha tido je, aku lak..layan dvd konsert wings yg hubby pasang dlm kete. Sambil tu, jadi KuPilot hubby aku. Takut hubby ngantuk kalau takde org layan dia borak.

Balik kampung kali ni, aku ngan hubby banyak duk umah. Saje jer. Selalunya, kitaorang akan berjalan dan meronda kesana kesini. Tapi kali ni kitaorang cuma pergi makan kat RESTORAN HASSAN ONG. Restoran ni merupakan restoran favorite hubby. Memang dah dari KL lagi, hubby dah bgtahu nanti dia nak mkn kat hassan ong. Restoran ni memang terkenal dengan keenakkan masakannya yg ada unsur2 chinese terutama pada masakan berbentuk seafood. Kitaorang mkn kat sini ari sabtu malam sebab siang sabtu tu, kitaorg gi kenduri kahwin..sape ntah! mak aku kenal lah..aku tak kenal sgt. Ikut je lah mak aku.

Abah aku dan adik aku yg bongsu

Tengah tunggu roti canai. Aku tak mkn..diet!


Ahad pagi tu, lepas mandikan Alisha, bagi dia mamam, aku pun terus tidokan dia. Sebabnya..aku nak tinggalkan dia ngan mak aku ngan hubby. Aku nak gi...........................................CABUT GIGI!!!! wahhh..berdebar2 sungguh dada aku. Aku ni memang dari kecik lagi, memang takut sungguh dengan Doktor gigi. Kalau doktor, yg inject2 tu aku tak takut sgt. Ketakutan aku ni memang tahap cipan (lebih takut dari aku nak bersalinkan Alisha dulu). Jadi, aku tinggalkan Alisha agar tiada gangguan semasa gigi aku dicabut. Aku gi ngan abah aku. Masa aku masuk bilik doktor tu, doktor tu suruh aku baring. Aku pun baringlah. Lepas tu dia suh aku kumur..dan dia pun mulalah inject aku. Ermmm..taklah sakit sgt. Lepas inject tu, dia suh mkn ubat. Tak lama lepas tu, aku dah rasa bibir aku mcm bibir kak Nita (Anita sarawak penyanyi pujaan mak aku, aku takkkk...) tak lama lepas tu, aku nampak doktor tu pun amik bende mcm playar . Aku tak tahulah apa nama dia sebenar..jantung aku semakin dup dap dup dap...bila doktor masuk je playar kat mulut aku, dan aku pun mula rasa playar tu cengkam gigi aku..aku pun terussss....



Aku: Arghhhhh!!!!!...

Doc: Hah??!! why?? (sambil tarik cepat2 playar dr dalam mulut aku)

Aku: Doktor, saya rasa..saya rasa...(konon aku nak beritahu doc yg ubat bius tu tak meresap)

Doc: Adikkk...rassssaaa adddaaa..sakkketttt..taddaaa...(kuar dah slang india dia..)

Aku: Ye ke...

Doc: U takkkkuutttt...jgn bg i takkkuuutttt....Dudddukkkk diamm-diamm..

setangah minit lepas tu...

Doc: Wokeyyyy...Sudahhh!

Aku: Hah!!??! (Wahhh..tak sakittttt...banggenyer aku..lalalalalal)


Aku kan gi ngan abah aku kan..sebenarnya abah aku nak ajak aku memilih sesuatu untuk dia bg pada cucu kesayangan dia sekali..pe dier ek??............................



'

'

'

'

'

'

'

'

'

'

'

'

'

'

'

'

'

'

'

'

'

'

'

'

'

'






Wednesday, October 21, 2009

First Mamammmm...



Puri Pisang untuk Alisha Sayang.


Hari ni, hari pertama Alisha mamam. Menu Alisha untuk hari pertama ni ialah PURI PISANG + SUSU BADANKU. Bermula dari hari ini, bila bangun pagi jer, aku akan siapkan makanan untuk Alisha dulu, then mandikan dia, dan baru bagi dia mamam. Pertama kali aku suapkan dia makan, bukan main lain macam lagi muka dia. Tapi bila dah 2 3 kali suap, dia bukan main tak sabar2 lagi, sampai habis tangan aku semua dia capai. Lambat je aku suap, dia masukkan kain lap mulut dia...klakar betullah ALisha ni. Untuk permulaan ni, aku ingat nak bagi dia makanan berbentuk puri buah-buahan dulu, dah 2 3 minggu baru try bagi bubur nasi yg di blend.



Tuesday, October 20, 2009

OPEN HOUSE

Minggu yang baru lepas ni aku ngan hubby ngan Alisha betul-betul tak larat dah nak gi open house. Banyak sungguh! Makanan pun jangan cakaplah...nasiblah perut aku ada satu, hubby pun ada satu, kalau tak, aku dah tumpang sumbat separuh makanan kat perut hubby. Alisha lak ada yang sampai tertido-tido gi open house. Maaflah yer sebab aku baru nak upload beberapa picture masa aku gi open house walaupun raye dah habis. Jum kita layannnnn...zasss!

Aksi Alisha pakai baju kurung.
(Dulukan aku pernah janji ngan korang nak tunjukkan pict Alisha pakai baju kurung. Ni lah dia!)

Beberapa picture masa aku gi open house ahad aritu. Ini gambar sebelum pergi, semasa pergi dan selepas pergi. (kalu korang perasan, ada gmbr sorang lelaki pakai baju hijau cerah sambil mulut ternganga-itulah dia Prof. Dr. Nazri yg sambut Alisha masa aku bersalin)

Balik dari open house, aku ajak hubby gi kedai manjaku (kedai jual barangan baby). Aku beli botol susu baru untuk Alisha. Aku beli yg betul2 besar 330ml...hahahhaha! biar Alisha minum manyak-manyak. Malas nak beli kecik2. Lagipun yg kecik Alisha dah ada. kadang2 tak cukup, tu beli yg besar. Botol Avent ni leh tahan sampai setahun, so tak rugi beli besar2 siap2. Yg lagi satu tu, hubby beli mainan untuk ALisha. Kalu korang nak tahu, ALisha suka main plastik sebab bunyi dia bising, masa kat kedai tu pun, ALisha amik mainan tu sebab disebalik kepingan kain2 tu, ada bunyi plastik dalam dia...chumellllll!!