Sunday, February 21, 2010

Macam Biasa Lah...

Hujung Minggu yang lepas ni, aku ngan hubby dah tak tahu nak kemana. So, ahad tu kitaorg mengambil kesempatan untuk mencari stroller baru untuk alisha. Sebab stroller dia yg lama tu dah agak bergegar dan kurang mampan dek selalu diangkut kesana kesini. Mula2 carik kat kedai manjaku kat area seri gombak, tp takde yg aku berkenan...so try lak cari kat kedai manjaku area Wangsa Walk..hehehhehe.Saje je sambl menyelam minum air. So tengok punya tengok, maka jumpalah yg berkenan dihati. Hitam Merah. Harap2 Stroller ni dapatlah digunakan sampai alisha besar. So, takyah lah membazir duit lagi. Tapi stroller yg lama tu pun, ada orang hadiah kan..iaitu sepupu aku, so selamat duit kitaorg takyah beli.Ngeh..ngeh..

Disebabkan kedai manjaku ni dekat dengan Wangsa Walk, makanya kitaorg pun mengambil kesempatan ini untuk merayap2. Tapi bila dah merayap lama2, makanya perut pun mula berkeroncong...apalagi!! Jom makan. So, sekarang misi kitaorg mencari kedai makan. Carik punya carik akhirnya kami berdua bersetuju untuk makan direstoran BBQ CHICKEN. Restoran ni adalah restoran Korea. Bila dah try mkn, memang tidak menghampakan kami..sungguh sedap dan berkhasiat sekali bagi aku yg berdiet..ye ke aku diet??? tepuk dada aku tanyelah selere aku sendiri yerkkk...:P

Alisha wif new Stroller

at GNC Shop, Wangsa Walk

Thumbs Up!!

Kochi

Jerk Bbq

Muka tension Alisha waktu kitaorg makan



Thanks Hubby!!!

Tuesday, February 9, 2010

projek menaik taraf

Ini adalah projek pertama bagi permulaan tahun 2010... Menaik taraf kediaman. Sungguhlah merimaskan dirumah! Disana sini kedengaran tung tang tung tang! Sebenarnya takdelah apa sangat yang dinaik taraf, cuma sedikit pembaharuan seperti mengecat keseluruhan luar umah, memperbetulkan struktur bumbung yg tak berapa nak betul sebelum ni. Rumah ni siap tahun 2008. Masa tu time kitaorgn nak kahwin, so kontraktor sebelum ni buat dalam keadaan yang tergesa2, dan dengan sebab itu banyaklah kerja2 yang kurang memuaskan dihati FIL and MIL aku. So, sekarang ni barulah FIL aku ada kesempatan untuk menaik taraf keadaan umah agar kelihatan lebih menawan dan selesa mata memandang. Tapi bagi aku, rumah ni dah cukup selesa dah, walaupun FIL aku selalu kata tak puashati kontraktor sebelum ni bina agak kelam kelibut.Ermmm...biasa lah orang tua, mesti ada kehendak diaorg sendiri. Kehendak aku cuma satu je..shopping dan kita enjoyyyyyyy!!!!!! Jom Alisha teman ummi...daaaaaaaaa...


Dibahagian tingkat bawah umah. Proses membetulkan bumbung.

Kontrak baru yg dilantik utk memperbaharui umah. Diaorg tak perasan ni aku tangkap gambar curi. Kalau tak mahunya diaorg posing sakan!

"bertindak mengikut arahan!"
Hehehehe...kata FIL aku dalam hati. Yg cekak pinggang tu FIL aku.
eDibahagian belakang umah. Proses mengecat.

Dinding/pagar luar yang telah siap cat.

Dnding/pagar dalam yang siap dicat

Tadaaaaaa!!!!
Pandangan dari pintu pagar tepi umah. Nmpak baru kan umah ni....:)

Tuesday, February 2, 2010

Restoran THAI & Mali's Corner

Dah berminggu2 aku tak update blog kesayangan ni. Semakin lama, semakin malas lak. Bukannya sebab apa, tp internet broadband aku ni lembab sgt, nak upload gmbr pun makan masa yg terlalu lama. Cite yg aku nak masukkan ni adalah pasal hujung mggu yg baru lepas ni, kitaorg gi makan kat Restoran Thai kat Ampang sabtu dan Makan kat Malis Corner ahadnya pulak. Ntah apa gamaknya agaknya, semakin aku sibuk nak diet, semakin hubby lak mengajak2 aku pi mkn itu ini...yang aku ni lak, pantang di pelawa...laju sajerrrr...pucuk dicite ulam mendatang!

Kebetulan, adik aku Asmidar dah lama tak datang KL. Dia kan belajar kat Kedah, so susahlah nak datang KL. Ni pun dia dtg KL sebab nak amik labtop dia. Hubby pulak sibuk memanjang nak bawak dia jenjalan, cuma yg dpt hubby bawak ialah gi belanja makan...harap2 ko suker lah ye kakkkkk (panggilan manje utk As)....

Gmbr bawah ni masa hari sabtu Hubby belanja aku, As dan Alisha makan kat restoran THAI. Restoran ni memang peberet aku ngan hubby dari dulu. Kat sinilah sebetul2nya kitaorg rasa masakan thai.


Ni hubby yg order.
Blueberry Yogurt Ice blended. Sunggu sedap!
Masa taip ni pun aku rasa mcm nak meleleh je air liur.

Ni plak aku yg order.
Thai Cendol. Sedap rasanya. Tak terlalu lemak.
.Antara makanan yg kitaorg order. Semua ni small plate je. Tp banyak sungguh kuantiti makanan diaorg letak dlm satu pinggan. Sampai nak semput aku makan.


Dan.....keesokkannya plak, kitaorg makan kat Mali's Corner. Masa ni adik aku As dah balik kedah. Kat kedah, ahad kan keje. Kat sini, nasi lemak dan char kue teownya sungguhlah memikat hati termasuklah aku yg sememangnya iman tak kuat tiap kali tgk makanan...layannnn!

Suka betul aku makan kat sini. Nasi lemak dan Char Kue Teow dia mmg Superb!

Char Kue Teow Special. Udang je ada 7-8 ekor. Besar2 lak tu. Sungguh sedap!

Aku n Hubby

Sian Alisha mamam straw. Pedas la sayang ummi nak bg alisha rase...huhu



apapun...thanks hubby sebab sentiasa suka nmpk aku gemok, sebab suka belanja aku makan..:)

Saturday, January 16, 2010

SUPERBOWL!

Dihujung minggu sebegini memang dah hilang arah tujuan nak kemana. Dah tak tahu nak kemana. Kebetulan pula beberapa staff hubby ajak kitaorg gi main bowling. Jadi, tanpa berfikir panjang, kami semua sepakat..dikampung hai pening lalat....ekekekek. Kami semua setuju untuk menyahut cabaran itu! (dimana aku tukang gimme five je)...

Lokasi bowling pada hari ini adalah Berjaya Times Square, tingkat 5. Aku dan hubby memang tak pernah main bowling kat Times Square ni. Dulu masa zaman cintan cintun kalau gi bowling pun, kat Mid Valley (glowing in the dark). Tapi kitaorg bukanlah hantu bowling sgt..kitaorg lebih suka tengok wayang cite hantu..pastu lepas tgk takut..pergi parking cari kete cepat2 larikkkkk!! ekekekeke...

Tapi hari ni tak semua staff hubby ikut. Yang menyertai perlawanan hanyalah Syafiq (designer peberet), Akmal (praktikal designer), Alan (despatch) dan yg lagi 2 org Nadia (kwn syafiq dan akmal) serta lagi seorang Azhari (kwn hubby). Apapun...kami semua tetap enjoy!!!

Tengok gaya mcm terer jerk!
Pilih bang bola, jgn tak pilih...ada besar ada kecik...

Align Right
Hurmmm...tengokkan dari lenggok badan memang superb ke longkang!
kehkehkehkeh...

Barisan peserta
Dari kiri: Hubby, Alan, Syafiq

Peserta berkaca mata ini kelihatan semakin byk mengeluarkan peluh jantannya apabila melihat pihak lawan semakin agresif! Itulah akmal

Si comel lote ditengah2 itu Diana cum kwn syafiq dan akmal
Dioarg ni semua student Unikl

Itu dia!
Mat Jambu@Azhari selaku teman seperlawanan hubby

Aku dan budak Busyukkkk...
kami selaku kelab sorak@pompom gurl!

Keputusan perlawanan hari ini adalah Seri...;) sebab aku tak tgk sgt. Aku sibuk gi jenjalan ngan alisha beli brg..lagik Syokkkkkk!!!!


Tuesday, January 12, 2010

Bercuti di BATU FERINGGI


Dah berminggu2 aku tak update blog aku ni. Malas semalas2nye nak update. Balik dari bercuti aritu, aku rasa bertambah malas nak update blog, mgkn mood bercuti tu masih belum padam lagik. Untuk pengetahuan sesiapa yg tak tahu lagi, baru2 ni (start mlm thn baru-4/1/10) kami 3 of family+iza adek aku gi la becuti ke Batu Feringgi, Pulau Pinang. Aduhhh!!! seronok betul bercuti kat Penang. Hilang segala ketensionan, keboringan dan masalah. Dah lama hubby ajak gi bercuti. Mula2 kitaorg nak gi Bali/Singapore/Sabah/Pulau2...tapi mengenangkan alisha masih kecik, so malas lah nak berangkut2 naik flight atau feri atau bot. Nak pergi jauh2 sket, tggu la alisha dah besar sket.

Tapi, walaupun kami hanya ke Penang, ianya sudah cukup membuatkan percutian kali ini sangatlah bestnya!!! Aku betul2 tak sangka Penang sudah membangun dgn pesatnya. Semasa kat sana, kitaorg stay kat NAZA HOTEL. Byk hotel yg cantek2 tp time kitaorg gi ni kan cuti sekolah + new year. So byklah hotel yg dah full. Dari 3 mggu sebelum tu lagi, aku dah booking hotel byk yg dah full. Yg ada ni pun naseb la. Tapi naza hotel pun dah kira ok lah. Breakfast pun sodapppp!

Thumb up!

Tempat titoq

Acecece..cehhhhh...

Penang Hill

Pool kat Hotel

Beach kat depan hotel

Toy Museum

Cicah air time!

Padang Kota

Asyik nak bukak topi je kejenya..



Apa pun aku tak ingat masa ni. Makan je ingat!


Hotel Lobby

Breakfast time!

nak tgk gmbr2 lain..gi tgk kat facebook amie_amilia@yahoo.com


Wednesday, December 30, 2009

BeAr PlaYgyM

New playgym utk alisha

Sedang asyikkkk bangatt!

Aku amek gmbr, skit pun dia tak tgk kamera. Terlalu suker!


BEAR PLAYGYM ni hubby beli utk Alisha 3 mggu lepas. Hubby bawak blk playgym ni masa dia blk kerja. Alisha bila tgk je, aku bukak playgym ni dari plastik, bukan main suker dan tak sabar. Lepas tu, langsung tak pandang kiri kanan. Gmbr yg aku amik ni, masa pertama kali Alisha try playgym ni. Memang dia suka. Semua mainan kiri kanan atas bawah tu ada mengeluarkan bunyi. Tu yg dia dok asyikkk sgt. Aku panggil pun, dia buat tak reti jer! Kalau ibu zilla baca blog aku ni. Aku nak bg pesanan kat Baby Aliyah.." u should try this and it's better for ur diet exercise"... :-)



p/s: jgn mare taw aliyah..Auntie bg cadangan jer. Aritu kan aliyah ada masalah obesiti...

Tuesday, December 22, 2009

CUCI POKET SKET!

Hari ahad yg baru lepas ni, kami 3 of family tersangatlah boring dok kat umah. MIL dan FIL semua balik kampung di Perlis. So, dalam kul 4ptg, lepas ALisha bgn tido, hubby pun ajak kitaorg gi Jusco utk jalan2 bagi mengisi masa lapang. Sampai je di Jusco, wahhh!!! terlupa aku skrg kan tgh SALE. Disana sini semuanya sale..so! apa lagi...Pucuk dicita ulam mendatang..kehkehkeh. Menyesal aku kuar umah lambat sgt. Kalau aku tahu, pagi2 lagi dah ajak hubby kuar jenjalan.

Ini aku punyer! Blusher by Body Shop.
(Ini mmg blusher kegemaran aku sejak dulu lagi. Wlaupun bodyshop dah kuar blusher baru, aku tetap pilih yg ni gak. Warnanya x terlalu obvious. 04)

Ini hubby punyer! Jeans LEE
(hubby x pernah lagi pki jeans brand lee ni, selalu kalau brand lee dia akan pki kodroi jer, kalau jeans dia lebih suka levis, tp kali ni dia nak ubah selera. Bila dah pki aku nmpk ok gak, tp perut tetap tokleh cover gak..wakakaka)

Ini Alisha punyer! Tersangatlah comel. Aku suka sgt kasut ni.
(ada satu lagi warna merah, corak mcm chinese style, tp xde saiz...huhuhu)

Ini pun Alisha punyer!
(masa ni, baju baby semua OFFER gila2. Tersangat haru biru aku nak memilihnya. Tapi aku cuma ambil spasang baju tdo mlm, 2 pasang baju jln2, sehelai ala2 singlet)

Kehkehkeh...Sebenarnya kuar2 je dari kedai baby tu, aku terus pakaikan Alisha kasut baru dia ni...x sabar punya pasal!

Lepas letih jln2, apa lagi! ngappp laa!! dan menu kami hari ini...
MR. TEPPANYAKI
(mmg favourite hubby aku makanan korea dan jepun ni kecuali sushi)

Ini hidangan yg aku order. SALMON FISH wif PRAWN. Hubby punyer langsung aku tak sempat amek gmbr, dah habes!


p/s: kesimpulannya, penat jalan2 tp barang aku 1 jer!...huhuhuh