Tuesday, June 12, 2012

Hair Man Plant ;)

Ahad yang lepas, aku satu family gi lah jenjalan menghabiskan duet dan masa kat KL Festival Shopping Mall. Shopping Mall ni bolehlah dikatakan baru gak sebab aku pun baru 2 kali je pergi. Memikirkan takde apa nak buat kat umah, so en.hubby pun ajaklah kesini. Tapi apa yang aku suka kat mall ni ialah kat sini ada satu shop KAISON-home fashion. Shop ni memang tersangatlah banyaknyer jual mende2 yang aku suka mcm cute2 things stationery, bunga bungaan yg sgt cantik, barang2 perkahwinan mcm tempat hantaran yg pelbagai coraknya. Yang lagik best bila ianya MURAH!.he..he..he..memang lama lah aku kat dalam ni bertemankan Arfan yang diam je dlm stroller dan juga adik aku Miza yg sememangnyer tgh survey2 barang2 kahwin dia. En.hubby dan Si mulot kepoh Alisha dah selamat kat indoor playground. Tapi, apa yg aku beli ialah...... :)


 Hair Man Plant
( mari bercucuk tanam tanpa penat! )

 Aku beli dua. Satu lagi untuk kawan aku kat opis yang selalu sangat cakap boring dok dalam opis. So, dengan adanya pokok ni terisi lah sket masa dia dengan kegiatan berfaedah ;)

 Tu dia..kemain hensem lagik mamat ni. putih semacam. dalam tu biji benih yg dibunjutkan macam sup bunjut adabi. Pastu aku masukkan air dalam tu. Dalam arahan tu takde plak dia cakap air sampai paras mana. So, aku penuhkan je la satu patung tu. Bukan banyak air nanti pokok mati ke?..emm..gasak ler!

Tadaaa!! kemachoan terselah gitu~~Aku letakkan bersama2 dengan pokok atas meja opis aku. At least takdelah sunyi sgt hair man plant aku tu. Tin yang purple color tu pun aku beli kat tempat yang sama gak. Dalam tu aku isi semua note2. Taklah bersepah sangat meja aku...walaupun hari ni kemas, esok bersepah blk!

So kenelah tunggu biji benih tu keluar pokok yer! harap2 menjadilah tanaman aku thn ni ;)



Tapikan...lepas je aku letak pokok tu kat situ, mata aku ni asik nak tengok ke situ jer...tiba2 rasa lambat benar nak tumbuh pokok. Baru 2 minit aku letak. Asik nak usik je mende tu. Kejap letak bawah, kejap letak atas. Kejap alih tepi...tgk kat dlm plak. lap2 skit...he..he..he..excited lebeh~


Monday, May 21, 2012

Rajin terlebih ~~~

 Tiba-tiba minggu ni, aku terlebih rajin plak nak buat kueh. Sebabnyer? aku terbelek2 blog satu kawan aku yang suka sangat buat kueh.Kueh yang aku maksudkan TIRAMISU. Aku rasa, ni lah kueh yang paling senang nak buat sebab takyah guna oven untuk bakar, kalau kena guna oven confirm aku tak buat sebab tak reti nak guna oven..keh keh keh. Kat umah mak aku, kalau aku tolong bakar kueh, 10 dulang masuk oven, 5 dulang hangussss~ Tiramisu ni senang sebab hanya sejukkan je dlm peti ais.Sangat senang dan sedap! 


 step 1:
putarkan 5 sudu gula+5 biji kuning telor
(putar sampai tangan sengal...he..he..sampai gebu)

 step 2:
masukkan 500gm "Mascarpone" cheese
(susah bebenor nak cari mende ni)

step 3:
celupkan "Finger lady" ke dalam bancuhan air nescafe atau air kopi

step 4:
susunkan "Finger Lady" macam kat atas tu
(abaikan biskut terlembik yang tepi skali tu, alisha mengacau!)

step 5:
lapiskan dengan cream cheese yang telah diputar tadi.
Buat beberapa lapisan ikut sukati aku

step 6:
akhir skali taburkan dengan serbuk koko.

step 7:
setelah siap, tutup dan simpan dalam peti sejuk selama 4 jam seelok2nya.

Tadaaaa!!!!
Ermmmm...sedappppnyerrrr...alisha kata. En Hubby siap tanya lagi
"beli katne?" ekekekek

mood : sedang kembang dan perasan ;p


Nak ikutkan resepi tiramisu ada macam-macam jenis. Tapi aku suka cara yang ini sebab senang nak buat dan rasanya pun sedap. Aku tak pernah cuba yang lain, tapi aku pernah rasa orang lain buat, ada yang sangat sedap dan bahannya pun macam2 yang ditambah lah. Tu..lain kali ek aku buat. Ni pun dah kira naseb baek sangatlah aku ada hormon rajin minggu ni nak buat. :)

Illustrasi kurang memuaskan sebab aku guna blackberry-old version je utk snap ;(



Monday, May 7, 2012

"jelajah cinta tanpa sepadan"

Kenal tak korang dengan PN. NORLINA ALAWI? kalau korang biasa membaca, korang mesti kenal dengan wanita tabah ini. Pertama kali aku kenal dia, aku terkejut giler bila aku tahu yang dia ada 50 orang anak. Anak okey! bukan anak ayam, anak kucing atau anak ikan. 7 orang anak kandung, 43 orang anak angkat. Mereka semua tinggal satu bumbung! dan sebagai satu keluarga. Kini mereka dikenali sebagai "KELUARGA BESAR NORLINA ALAWI" kalau korang google internet, mesti korang dpt byk fakta pasal beliau. Cuma satu je yg aku nak ckp utk wanita tabah ini, aku sgt RESPEK dgn beliau dan juga suami Beliau. Sanggup memelihara 43 orang anak angkat dgn 4 orang darinya kanak2 hiv positif tanpa pambantu rumah! sedangkan aku baru jaga 2 orang dgn dibantu oleh mak bapak kandung beserta mak mertua dan pak mertua pun, dah mcm nak terlingkup umah aku...huhu

Pn. Norlina Alawi ni, kitaorg panggil "MAMA" jer, sebab ikatan rapat yang terjalin selama ni. Aku kenal pun dari suami yang selalu deal job/bisnes dengan beliau. Hampir semua job design dan job printing, company kitaorg yang akan buat untuk company mama. Maka, dgn itu selalulah mama invite kitaorg untuk event2 diaorg. Ada yang kitaorg pergi dan ada yang kitaorg tak pegi. Malam ahad yang lepas, lepas mama asik desak2 mr.suami pergi, akhirnya kitaorg pun pergilah event mama kali ni kat MINDEF (kementerian pertahanan) Event ni adalah event 'Malam Gala Jelajah Cinta Tanpa Sepadan"~yang hadir malam tu adalah menteri pertahanan dan isteri, dan juga artis jemputannya dato' siti nurhaliza. Kuruslah dato' Siti..aku tengok dalam tv mcm gemuk je dia~tp kurus rupanya dia..cantik dan mulus kulit dia. Event ni merupakan juga majlis pelancaran novel "Jelajah Cinta Tanpa Sepadan" dan juga komik "kami anak-anak mama". Buku tentang beliau aku dah pernah baca, sgt sedih, tapi novel dia n komik lum pernah baca lagi..confirm nanges punya kalau baca ;(

Yang mewakili ENTHRAL ART DESIGN (company kami) ialah suami aku, aku, dan 2 orang staff kami, akmal dan syafik. Ada bebarapa staff lagi, dtg lewat so, tak dibenarkan masuk. Kene dok luar je ;p Masa kat majlis ni, aku byk nanges dari sedih, nak2 tang diaorg mainkan video pasal perjalanan hidup mama dalam mencari dan menjaga anak2 angkatnyer. Sangat sedih perjalanan hidup diaorg. Mama kata "Lebih byk duka dari gembira"..yelah kan. Macam kanak2 HIV, mana ada yg dpt hidup lama :(

Masa first time aku gi umah mama dulu pun, aku terkejut sgt sebab ramai giler anak2 mama. kat ruang tamu semuanya berkumpul, ada yg tengah lipat baju, ada yg tgh jaga adik2 yg kecil dan ada yang sibuk main2 atas tilam. masa tu dah kul 10mlm, so..diaorg semua sibuk nak tido. bentang tilam, dan buat susu.aku mcm panik sekejap melihat terlalu ramai kanak2. kalau nak tahu lebih lanjut, korang google lah sendiri pasal mama ni. aku just nak share gambar masa aku gi event malam gala tu.jom layannn~~~



 Dato' Siti Nurhaliza dan Anak Menteri pertahanan
(x ingat sape nama) sedang buat persembahan.

 Sebahagian anak2 Pn. Norlina Alawi
(mereka guna konsep hitam putih)

 Pelancaran Novel

 Aku ;p

 mr.suami
(dia boring sebab dia kata tak suka
pakai baju melayu siap bersamping bagai)

Mr suami dan 2 org staff kami~akmal dan syafik
(kesian diaorg kene dok luar sebab lewat sampai)
Masa ni dah nak balik dah.

 Tgk tu, kat hujung logo company kitaorang tu.
ENTHRAL ART DESIGN
peace \ /

 Aku wif Pn. Norlina Alawi
(nmpk tak dato' siti kat blkg tu,
eksennyer aku kan sebab tak bergambar dgn dia ;p)




Dah nak blk, dah malam, sian Alisha ngan Arfan kat umah.
Sian Tok Mak jaga diaorg~


Wednesday, April 4, 2012

apa aku buat?

bulan ni aku memang:

BUSY KEJE
(keje menggunung mcm gunung everest)

BUSY JAGA ANAK
(terutama alisha yg suka mengacau+gigit+suapkan adik susu+suapkan apa yg dia mkn kat adik)

BUSY TAK TIDO MALAM
(sibuk mengepam+arfan tak breasfeed direct+nipple sakit)

BUSY ADIK AKU NAK KAWEN
(survey apa yang patut+hantaran+buat munge2=projek kreatif)

BUSY ULANG ALIK BALIK JOHOR
(mak aku kan jaga arfan utk sementara ni sebab nak hantar org kecik sgt lagi. ada perjanjian yang kami termetraikan antara aku dan mak aku~~~"ko kene selalu blk johor tau, tgk abah ko, tgk umah.sian abah ko..at least 2 minggu sekali) at least tuuu...tu yang aku tokleh tahan ;p

BUSY.............
(yang ni tokleh cakap sebab belum start, tp sedang pikirkannyer.nanti aku btahu kalau dah confirm ;p) surprise kan?


Pendek kata, trademark untuk bulan ni adalah BUSY. Sekian~~~



Tuesday, January 31, 2012

KENYANG


insyaalah, arfan dani akan sentiasa kenyang dengan zat zat yg mencukupi. Kali ni aku betul betul bertekad dengan harapan dapat menyusukan arfan dani dengan susu badan sehingga usianya 2 thn.amin....aku harap usaha aku attend class breasfeeding, risalah risalah dari hospital, suratkabar dan buku buku serta info dr internet dan juga rakan rakan akan membantu aku dari segi emosi, fizikal dan mental.

Friday, January 27, 2012

my hero!!!!!

Welcome to my hero Arfan Dani! tercapai gak hasrat hubby nak menimang baby boy.syukur alhamdulillah. Pengalaman bersalin kali ni, agak beza sket dgn yg 1st. Sebab, kali ni aku tak ingat tarikh akhir period, so main agak2 jer ler~ bahaya gak tak ingat tarikh ni, hampir tiap2 bulan aku scan nak menentukan usia kandungan, dan kali ni sakit nak bersalin tak rasa.sampaikan doktor suh aku gi pusat perubatan aku nak bersalin tu check up.tup-tup jln da bukak 2cm, amik ko!!! then 2 ari lps check pintu rahim, baru ada rasa sakit sikit2, dan hubby terus bwk gi PMC, smpi hospital, check jln lg, baru bukak 3cm,aku pikir maybe lambat lagi nak bersalin, tiba2 doktor suh aku masuk bilik bersalin, terkejut gak la aku sebab tak sakit kuat, doktor suh masuk bilik betsalin, tukar baju dan terus pecahkan ketuban...hah????? biar betik...bkali2 aku tnya doktor, saya x sakit ni.doktor selamba je ckp "jap lg sakit la tu"...pehhh! sakit kat umah kul 2pg, gi sepital kul 3pg, masuk labor room kul 4pg, bersalin kul 6.39pg.....hehehe, nasib pintu rahim aku jenis lembut dan cpt bukak, mcm tahu2 je doktor ni..kali ni da ada pengalaman sket, 2 kali teran, arfan dah kuar, doktor pun kelam kabut pakai sarung tangan. Apapun, terima kasih pada Prof.Nazri dan seluruh warga Putra Medical Centre. Ini kali kedua aku bersalin kat sini dan aku sangat puashati dengan layanan dan infrastruktur disini. Dan sekarang aku sedang berpantang ;-)