Monday, October 3, 2011

Mak kretif taw! ;p

Saya sedang mengkreatifkan diri saya ;) sila lihat dibawah:

Pertama kali nak buat bunga stokin. Bahan-bahannya.


Kelopak bunga dah mula kelihatan. Bunga ni murah kosnya, tapi rumit sket nak buatnya berbanding bunga dip.


Mula buat kelopak bunga yang kedua.


Kotak hantaran ni aku beli dengan harga rm2 (kat perlis). pastu aku wrap dia dengan white wrapping yg ada texture. Pastu letak sket reben2. Aku suka hantaran yg agak simple dan modern sket. Tak suka yang crowded sgt kecuali request dr customer. Ini separa siap.
(abaikan bola badminton tu, Alisha cuba mengasah bakat ganti lee chong wei~)



Tadaaaaa!!! Bunga stokin yang dah siap. Bolehlah kan utk aku yg 1st time buat.

Sambung nnti. Aku tunjuk yang dah fully siap!






kerja keras

Jam dah tunjuk nak pagi dah, keje aku tak habis2 lagi...aduaiii~~untuk menambah pendapatan dirik sendirik, maka aku selalulah amik job-job freelance (akukan designer). Sebenarnya selalu gak lah kwn2 aku dan customer2 personal aku yang mintak buatkan job itu ini untuk company diaorg, tapi aku je yang selalunya malas nak amik sebab tak larat. Dulu masa zaman2 anak dara, memang jejak ribuan jugak aku amik job2 freelance, tp semenjak kahwin dan lagik2lah semenjak ada Alisha, aku memang tak sanggup dah nak amik job2 freelance. Kalau aku bangun tengah malam siapkan keje, Alisha nampak aku takde sebelah dia, gerenti dia menanges macam nak apa punyer. Macamnelah keje aku nak siap. Tapi, baru2 ni, aku terpanggil lak :) nak buat job2 freelance sebab aku dah mula fikirkan bayaran aku nak letak tinggi sikit (memandangkan kos zaman sekarang yg serba serbi naik tak pernah turun). Kalau customer setuju oklah, kalau customer tak setuju, hye2 bye2 la~~aku buat keje untuk customer yang sudi bayar harga yang aku tetapkan je (demand skrg okey! ;), maklumlah semanjak naik pangkat senior designer ;p)


Pukul berapa datuk harimau~~pukul 5:54 pg. Aku start buat kerja kul 4.00pg.bermakna dah 1jam++ aku wat keje. Pastu keje ni siap dalam kul 7pg. So, tokleh sambung tido, terus masak untuk Alisha pulak. Kat opis Zzzzzz~~~


Demi mencari sesuap nasi :p (cukup ke aku sesuap?)


En Hubby beli aiskrim, aku bedal je dalam peti ais. Bila tak tido malam, gerenti lapor. Yang ada dalam peti ais Aiskrim..so..kita bedal je okey! (En Hubby tokleh marah, aku kan ibu mengandung~~wee~~