Saturday, March 27, 2010

Dia pergi untuk selamanya......... :-(

Tak sempat aku nak memeluknya
Tak sempat aku nak menjaganya
Tak sempat aku membalas budinya
Tak sempat aku nak bgtahu yang aku syg padanya
Tak sempat dia melihat alisha membesar
Tak sempat dia melihat alisha pandai memegang botol susu sendiri
Tak sempat aku bgtahu alisha suka tido atas badan ku
Tak sempat aku memberitahu alisha sudah hampir pandai berjalan
Tak sempat aku bgtahu alisha sudah pandai menyebut ummi
Tak sempat....

Tak ada lagi senyum dan tawanya
Tak ada lagi kedengaran suaranya
Tak ada lagi sentuhan belaian utk aku darinya
Tak ada lagi kucupan mesra darinya
Tak ada lagi lawak jenakanya
Tak ada lagi cerita utk aku kongsi bersamanya
Tak ada lagi panggilan telefon atau sms darinya
Tak ada lagi panggilan 'kaklong' utk aku darinya
Tak ada lagi masakan dari air tangannya
Tak ada lagi nasihat darinya
Tak ada lagi marah darinya
Tak ada lagi bebelan darinya

Tak ada lagi PEMBACA SETIA BLOG DAN FACEBOOK AKU lagi

Yang ada hanyalah.....KENANGAN AKU BERSAMANYA SELAMA 28TAHUN

"apa yang kita nak baritahu usu,kita akan sentiasa ingat dan sayang pada usu hingga akhir hayat kita, kita akan cuba menjaga anak2 usu mcm mana usu pernah jaga kita dulu,pemergian usu memberi kesedihan yang besar pada diri kita, tp kita redha kerana Allah lebih sygkan usu.Semoga usu tenang disana....amin"


SEMOGA ROHNYA DICUCURI RAHMAT...AL-FATIHAH

Khairiah Bt Md. Salleh
19/03/2010 (selepas solat jumaat)



~aku teramat-amat sedihhhhhhhh~

Wednesday, March 17, 2010

Alisha dah bersunat!!!

Alhamdulillah.....setelah sekian lamanya, akhirnya alisha telah aku hantar ke klinik untuk disunatkan. Itupun setelah umurnya jejak 10bulan. Selama ni bukan aku ngan hubby tak mahu bawa dia bersunat, tapi disebabkan oleh macam2 hal yang tidak boleh dielakkan ditambah dengan penyakit pelupa aku suami isteri.....:P..Sian alisha...huhu

12hb mac 2010, jam 10.40pagi hari jumaat, Doktor Zulaila telah sunatkan Alisha di kliniknya Klinik Seri Indah (klinik yang aku gi cek setiap bulan semasa mengandung dan juga klinik Alisha inject setiap bulan). Akibat menunggu turn yg agak lama, maka alisha dah tertido kat tempat menunggu. Dan dengan sebab itu jugaklah, waktu Dr. Zu sunatkan dia, dia langsung tak terjaga...puas aku ngan hubby sebelum tu kejutkan dia..tapi memang dia setia dengan tidurnya...huhu. Akhirnya, doktor kata..kita sunat saje! Takut jugak aku, kang dia terperanjat dan membuat tindakan drastik sewaktu disunatkan..tapi...syukur alhamdulillah..dia cuma celik mata sekejap, tak menangis langsung then sambung semula tido..hampehhh! Sayang Alisha!!

Thursday, March 4, 2010

Cuti Xong Xi Fa Choi!

Jom layan picture kitaorg masa cuti raye cina ke CAMERON HIGHLAND aritu. Walaupun dah agak berzaman tapi cerita ni masih lum basi lagi. Sempat ni tengok lagi sebelum ianya basi......ekekekekeke.Layannnnn!!!! zassssss!!!