Sunday, February 21, 2010

Macam Biasa Lah...

Hujung Minggu yang lepas ni, aku ngan hubby dah tak tahu nak kemana. So, ahad tu kitaorg mengambil kesempatan untuk mencari stroller baru untuk alisha. Sebab stroller dia yg lama tu dah agak bergegar dan kurang mampan dek selalu diangkut kesana kesini. Mula2 carik kat kedai manjaku kat area seri gombak, tp takde yg aku berkenan...so try lak cari kat kedai manjaku area Wangsa Walk..hehehhehe.Saje je sambl menyelam minum air. So tengok punya tengok, maka jumpalah yg berkenan dihati. Hitam Merah. Harap2 Stroller ni dapatlah digunakan sampai alisha besar. So, takyah lah membazir duit lagi. Tapi stroller yg lama tu pun, ada orang hadiah kan..iaitu sepupu aku, so selamat duit kitaorg takyah beli.Ngeh..ngeh..

Disebabkan kedai manjaku ni dekat dengan Wangsa Walk, makanya kitaorg pun mengambil kesempatan ini untuk merayap2. Tapi bila dah merayap lama2, makanya perut pun mula berkeroncong...apalagi!! Jom makan. So, sekarang misi kitaorg mencari kedai makan. Carik punya carik akhirnya kami berdua bersetuju untuk makan direstoran BBQ CHICKEN. Restoran ni adalah restoran Korea. Bila dah try mkn, memang tidak menghampakan kami..sungguh sedap dan berkhasiat sekali bagi aku yg berdiet..ye ke aku diet??? tepuk dada aku tanyelah selere aku sendiri yerkkk...:P

Alisha wif new Stroller

at GNC Shop, Wangsa Walk

Thumbs Up!!

Kochi

Jerk Bbq

Muka tension Alisha waktu kitaorg makan



Thanks Hubby!!!

Tuesday, February 9, 2010

projek menaik taraf

Ini adalah projek pertama bagi permulaan tahun 2010... Menaik taraf kediaman. Sungguhlah merimaskan dirumah! Disana sini kedengaran tung tang tung tang! Sebenarnya takdelah apa sangat yang dinaik taraf, cuma sedikit pembaharuan seperti mengecat keseluruhan luar umah, memperbetulkan struktur bumbung yg tak berapa nak betul sebelum ni. Rumah ni siap tahun 2008. Masa tu time kitaorgn nak kahwin, so kontraktor sebelum ni buat dalam keadaan yang tergesa2, dan dengan sebab itu banyaklah kerja2 yang kurang memuaskan dihati FIL and MIL aku. So, sekarang ni barulah FIL aku ada kesempatan untuk menaik taraf keadaan umah agar kelihatan lebih menawan dan selesa mata memandang. Tapi bagi aku, rumah ni dah cukup selesa dah, walaupun FIL aku selalu kata tak puashati kontraktor sebelum ni bina agak kelam kelibut.Ermmm...biasa lah orang tua, mesti ada kehendak diaorg sendiri. Kehendak aku cuma satu je..shopping dan kita enjoyyyyyyy!!!!!! Jom Alisha teman ummi...daaaaaaaaa...


Dibahagian tingkat bawah umah. Proses membetulkan bumbung.

Kontrak baru yg dilantik utk memperbaharui umah. Diaorg tak perasan ni aku tangkap gambar curi. Kalau tak mahunya diaorg posing sakan!

"bertindak mengikut arahan!"
Hehehehe...kata FIL aku dalam hati. Yg cekak pinggang tu FIL aku.
eDibahagian belakang umah. Proses mengecat.

Dinding/pagar luar yang telah siap cat.

Dnding/pagar dalam yang siap dicat

Tadaaaaaa!!!!
Pandangan dari pintu pagar tepi umah. Nmpak baru kan umah ni....:)

Tuesday, February 2, 2010

Restoran THAI & Mali's Corner

Dah berminggu2 aku tak update blog kesayangan ni. Semakin lama, semakin malas lak. Bukannya sebab apa, tp internet broadband aku ni lembab sgt, nak upload gmbr pun makan masa yg terlalu lama. Cite yg aku nak masukkan ni adalah pasal hujung mggu yg baru lepas ni, kitaorg gi makan kat Restoran Thai kat Ampang sabtu dan Makan kat Malis Corner ahadnya pulak. Ntah apa gamaknya agaknya, semakin aku sibuk nak diet, semakin hubby lak mengajak2 aku pi mkn itu ini...yang aku ni lak, pantang di pelawa...laju sajerrrr...pucuk dicite ulam mendatang!

Kebetulan, adik aku Asmidar dah lama tak datang KL. Dia kan belajar kat Kedah, so susahlah nak datang KL. Ni pun dia dtg KL sebab nak amik labtop dia. Hubby pulak sibuk memanjang nak bawak dia jenjalan, cuma yg dpt hubby bawak ialah gi belanja makan...harap2 ko suker lah ye kakkkkk (panggilan manje utk As)....

Gmbr bawah ni masa hari sabtu Hubby belanja aku, As dan Alisha makan kat restoran THAI. Restoran ni memang peberet aku ngan hubby dari dulu. Kat sinilah sebetul2nya kitaorg rasa masakan thai.


Ni hubby yg order.
Blueberry Yogurt Ice blended. Sunggu sedap!
Masa taip ni pun aku rasa mcm nak meleleh je air liur.

Ni plak aku yg order.
Thai Cendol. Sedap rasanya. Tak terlalu lemak.
.Antara makanan yg kitaorg order. Semua ni small plate je. Tp banyak sungguh kuantiti makanan diaorg letak dlm satu pinggan. Sampai nak semput aku makan.


Dan.....keesokkannya plak, kitaorg makan kat Mali's Corner. Masa ni adik aku As dah balik kedah. Kat kedah, ahad kan keje. Kat sini, nasi lemak dan char kue teownya sungguhlah memikat hati termasuklah aku yg sememangnya iman tak kuat tiap kali tgk makanan...layannnn!

Suka betul aku makan kat sini. Nasi lemak dan Char Kue Teow dia mmg Superb!

Char Kue Teow Special. Udang je ada 7-8 ekor. Besar2 lak tu. Sungguh sedap!

Aku n Hubby

Sian Alisha mamam straw. Pedas la sayang ummi nak bg alisha rase...huhu



apapun...thanks hubby sebab sentiasa suka nmpk aku gemok, sebab suka belanja aku makan..:)