Monday, October 18, 2010

Raye 2010














Ngeh..ngeh...walaupun raya dah abis, tp tak terlambat rasanya aku nak letak picture raye kan. Bukan apa semenjak keje ni, masa aku betul2 terhad. Bila ada masa terluang, rasa betul2 nak guna untuk family terutama alisha. So, picture yg aku upload ni semua gambar terbaru untuk hari raya tahun ni. Tahun ni, aku raya kat Johor, so next year dah turn perlis lak...huhuhu..apa boleh buat, kenelah ikut jadual...:P

Thursday, July 1, 2010

Sepetang bersama Alisha

Semalam, aku ambil cuti untuk jaga alisha atas sebab untie yg jaga alisha ada hal. So, dah lama rasanya aku ngan alisha tak jalan2 depan rumah untuk ambil angin petang. Lepas alisha bangun dari tido pukul 4ptg tu, aku bagi dia mkn nasi lembik+sayur+telor. Lepas je dia makan, kitaorg rehat jap tengok tv, then mandikan alisha. Lepas mandi tu, aku pun belek2 baju alisha kat dalam almari. Maklumlah dah berapa hari tak balik umah MIL aku sebab asyik balik umah selayang je..kalau balik umah MIL aku pun, balik semalam 2 je, then balik selayang semula..So, bila aku tak keje, hubby hantar aku blk umah MIL aku, takut boring dok umah selayang berdua je ngan alisha. Belek punya belek, tiba2 terjumpa lak, sepasang baju kurung alisha yang dah lama aku tak pakaikan. Dah singkat pun baju tu..huhu

So, apalagi, masa untuk mencuba! Bila aku pakaikan alisha..amboi2 bukan main suker lagik dia..siap suruh aku ambil kasut. Dia nak pakai..kunun2 nak gi jalan dah lawa2 mcm tu..Hurmmm...aku ni pun mmg nak bawak dia jln2 depan umah je. So, lepas pakaikan tu, bagi dia susu then terus bawak dia keluar umah..apalagik!! melaram habis lah sianak dara tu...Aku rasa betul2 syok sebab dah lama tak jalan2 santai dgn alisha.Cuti yang sangat bermakna..sebab tiba2 aku rasa tak perasan plak yg alisha dah semakin besar..:)












Monday, June 21, 2010

Pindah Umah Baru

Setelah sekian lamanya aku menumpang kat umah Mertua kami, akhirnya kami dah berpindah ke rumah kami sendiri. Walaupun rumah aku ni kecil..tapi sangat selesa dan gembira!! huhaaahuhaaaa!!!..Maklumlah. Umah sendiri org kata...:)

Tapi, walau macam mana pun best umah kami sendiri..UMAH MERTUA AKU TETAP DIHATI...ngeh2..ngeh..ngeh..seminggu hanya 2 3 kali je kitaorg balik umah kitaorg sendiri kat selayang Selebihnya...dok di gombak ria, umah MIL aku.Huhu. Aku suka dok umah MIL aku sebab aku TAKYAH MASAK...yehaaaa!!! blk keje tinggal makan jer...:)

p/s: Gambar umah??...tunggu aku setup cantik2 eh umah aku, baru leh post kat blog ni..~~~

Tuesday, May 25, 2010

My colleague!














Syukur alhamdullilah, sekarang ni aku masih mampu utk bekerja dan memberi idea yg baik dalam kerjaya aku seharian. Untuk masa ni, aku bekerja dangan ssebuah agensi media iaitu AMLEISURE SDN,BHD. Company ni adalah sebuah company yang menghasilkan majalah LEISURE TRAVEL untuk english version dan 探世界 untuk chinese version (inilah karangan skema aku)..

Aku pun tak tahu berapa lama dpt bertahan bekerja disini, harapan aku ianya kekal lama dan berpanjang.(harap2 kalau aku mengandung for de second time, aku tak muntah2 teruk lg smpi terpaksa cuti setahun tanpa gaji...huhu). Environment yang selesa, colleague yg friendly dan kerja yang tdk terlalu stress disini membuatkan aku tersangat happy bekerja dengan mereka semua.Jom layan 'photo shooting'utk company profile kitaorg yg kitaorg shoot last month..Zasss!!

Password???

amie_alisha@yahoo.com.......
password:...??..??

3minit kemudian...password:...??...??..

5minit kemudian...password;...????

Uwarghhhhh!!..tak sangka plak aku leh luper password nak sign in blog ni. Ini menunjukkan betul2 lama aku tak update blog...tiba2 dah dekat 15minit setelah dicoba beribu2 kali, akhirnya jumpa gak aku password blog ni....Fuhhh!!! Legaaaaaaaaaaaa...

Semenjak keje mmg aku tersangat busy, blk umah dah letih nak buat apa2. kat opis pun buat keje kelam kabut.Huhu..Nasib aku ingat akhirnya password blog ni. Kalau tak...lagilah maleh aku nak bukak blog ni teros..dan blog ni pun akan terus berkubur...huhu. Mane leh berkubur.. Mission aku kan nak bg Alisha baca nanti bila dia dah pandai membaca. Jadi aku kene teroskan semangat utk terus mengarang secara tdk berhemah di blog ku ini...Chai yokk!!

Tuesday, April 13, 2010

Busy tahap dewa raja

Uwarghhhhhh!!!!!!!!!!
Banyaknyer kejeeeeeeeeeeee!!!!!
Setelah sekian lamanya aku dok umah jaga Alisha dan hanya membantu suami sikit2, sekarang tibalah masa aku memulakan kerjaya ku semula..dan dengan itu juga bermulalah episod tak cukup tangan nak siapkan keje. Kalaulah kaki boleh kuguna utk menyiapkan semua kerje dan kalaulah komputer aku boleh sepantas kereta F1 menyiapkan semua2 kerja2 aku..alangkah baeknya!!! dan alangkah baeknya kalau aku ada assistan keliling pinggang dan pinggul utk menerima arahan aku meyetelkan semua kerja aku....mmg indah dunia aku skrg...tapiiiii..semuanya hanya pelamin anganku musnah...

Sejak aku mula kerja, aku belum ada lagi rehat yg cukup, tdo yg cukup, facebook tak kira masa, update blog kesayangan dan mcm2 lah lagi.Dan semenjak hp aku baru lepas diformat, aku belum ada masa lagi ke celcom center utk aktifkan BB aku tu..so kamera pun lum leh guna sebab aku tak tahu setting nya...huhu. Tggulah aku lalu depan celcom center baru aku aktifkan BB aku kembali...Nanati bila kamera semua dah setting, barulah aku boleh update blog dgn serajin2. Aku tak suka update blog dan merapu kat blog ni kalau tak disertai dgn gambar..so tggu lah yer bg sesape yg sudi baca blog aku ni.

Apa yg penat sgt???
Huhhh!...bangun pagi, masak makanan untuk alisha, siap2kan alisha dan diri sendiri serta apa yg patut utk hubby aku. PAstu hantar Alisha ke rumah pengasuh + tunggu sekejap melayan kerenah Alisha yang tak boleh lepaskan baju aku..aduaiiii...Pastu bergegas ke tempat keje ku yg sangatlah jauhnya dari umah+jammed+singgah beli nasi lemak=akhirnya sampai lmbt kat opis. Nasib takde punch card..selamatttttttttttt...Sampai opis, buat coffee n mkn nasi lemak/roti canai/biskut/oat atau apa2 yg oleh dimakan, lepas tu mula lah buat keje smpi ke petang. Benti pun utk ke tandas dan solat. Pastu sambung balik keje tanpa menoleh kiri kanan. Sebelum ni dulu aku kerje under advertising tp skrg tukar ke bahagian majalah dan photografi..ingatkan leh relax....rupanya..samo je ler. Hari2 kerja (meet uncle hussin). Aku rasa keje mmg takkan habis, siap satu dtg yg baru.Dtg yg baru, yg lagi baru menunggu utk dtg.Bak kata bdk opis aku Julia Walauwehhhh!

Dahlah mlas nak cite lagi pasal keje ni, tulis kat blog ni pun buat aku rasa mual tgk screen kompeter ni..jemu dan jelak aku. Rasanya mcm nak tgk laut ke..sungai ke..takpun tgk swimming pool pun jadilah..ekekek..apalagi! Pa!! jom holiday!!! stress ni keje...lalalalalalalalalalal


inilah nasib aku sebagai designer cabuk! huhuhu...kesiannya aku..:(

Saturday, March 27, 2010

Dia pergi untuk selamanya......... :-(

Tak sempat aku nak memeluknya
Tak sempat aku nak menjaganya
Tak sempat aku membalas budinya
Tak sempat aku nak bgtahu yang aku syg padanya
Tak sempat dia melihat alisha membesar
Tak sempat dia melihat alisha pandai memegang botol susu sendiri
Tak sempat aku bgtahu alisha suka tido atas badan ku
Tak sempat aku memberitahu alisha sudah hampir pandai berjalan
Tak sempat aku bgtahu alisha sudah pandai menyebut ummi
Tak sempat....

Tak ada lagi senyum dan tawanya
Tak ada lagi kedengaran suaranya
Tak ada lagi sentuhan belaian utk aku darinya
Tak ada lagi kucupan mesra darinya
Tak ada lagi lawak jenakanya
Tak ada lagi cerita utk aku kongsi bersamanya
Tak ada lagi panggilan telefon atau sms darinya
Tak ada lagi panggilan 'kaklong' utk aku darinya
Tak ada lagi masakan dari air tangannya
Tak ada lagi nasihat darinya
Tak ada lagi marah darinya
Tak ada lagi bebelan darinya

Tak ada lagi PEMBACA SETIA BLOG DAN FACEBOOK AKU lagi

Yang ada hanyalah.....KENANGAN AKU BERSAMANYA SELAMA 28TAHUN

"apa yang kita nak baritahu usu,kita akan sentiasa ingat dan sayang pada usu hingga akhir hayat kita, kita akan cuba menjaga anak2 usu mcm mana usu pernah jaga kita dulu,pemergian usu memberi kesedihan yang besar pada diri kita, tp kita redha kerana Allah lebih sygkan usu.Semoga usu tenang disana....amin"


SEMOGA ROHNYA DICUCURI RAHMAT...AL-FATIHAH

Khairiah Bt Md. Salleh
19/03/2010 (selepas solat jumaat)



~aku teramat-amat sedihhhhhhhh~

Wednesday, March 17, 2010

Alisha dah bersunat!!!

Alhamdulillah.....setelah sekian lamanya, akhirnya alisha telah aku hantar ke klinik untuk disunatkan. Itupun setelah umurnya jejak 10bulan. Selama ni bukan aku ngan hubby tak mahu bawa dia bersunat, tapi disebabkan oleh macam2 hal yang tidak boleh dielakkan ditambah dengan penyakit pelupa aku suami isteri.....:P..Sian alisha...huhu

12hb mac 2010, jam 10.40pagi hari jumaat, Doktor Zulaila telah sunatkan Alisha di kliniknya Klinik Seri Indah (klinik yang aku gi cek setiap bulan semasa mengandung dan juga klinik Alisha inject setiap bulan). Akibat menunggu turn yg agak lama, maka alisha dah tertido kat tempat menunggu. Dan dengan sebab itu jugaklah, waktu Dr. Zu sunatkan dia, dia langsung tak terjaga...puas aku ngan hubby sebelum tu kejutkan dia..tapi memang dia setia dengan tidurnya...huhu. Akhirnya, doktor kata..kita sunat saje! Takut jugak aku, kang dia terperanjat dan membuat tindakan drastik sewaktu disunatkan..tapi...syukur alhamdulillah..dia cuma celik mata sekejap, tak menangis langsung then sambung semula tido..hampehhh! Sayang Alisha!!

Thursday, March 4, 2010

Cuti Xong Xi Fa Choi!

Jom layan picture kitaorg masa cuti raye cina ke CAMERON HIGHLAND aritu. Walaupun dah agak berzaman tapi cerita ni masih lum basi lagi. Sempat ni tengok lagi sebelum ianya basi......ekekekekeke.Layannnnn!!!! zassssss!!!