Wednesday, November 25, 2009

FASA BARU UNTUK ALISHA

2 3 menjak kebelakangan ni, Alisha x mahu berenggang dengan aku. Kalau tak mahu berenggang je, takpe...tapi yg paling aku tak larat, dia tak mahu baring/menyarap/main mainan dia...Dia asyik nak berdukung sambil bawa round2 keliling umah! Kalau main mainan dia pun, sambil berdukung dengan aku. Kalau aku tak bawak keliling round2 keliling umah pun, yg penting berdirikan dia, jgn sesekali baringkan dia. Memang berdesinggggg telinga dengar dia jerit. Aduhhh!

Bila aku tengok dia mcm tu, ramalan aku..mungkin dia dah mula nak berdiri atau belajar sesuatu yg lain dr yg dia biasa buat. So, tetiba aku terfikir lak nak belikan dia 'walker'. Hari ni, hubby masuk ofis lambat sebab tak banyak appointment sgt dia kata, so...sebelum gi keje hubby pun ajaklah aku ngan alisha gi kedai favourite kitaorg iaitu 'Manjaku'. Manjaku ni mmg jual semua barang baby dan kanak2. Kedai ni dekat je ngan umah kitaorg. Tu yg senang sungguh nak gi. Lepas tu, barang2 kat sini pun banyak sungguh! semua jenis brand baby ada. Aku pun tak tahu nak klasifikasikan dia sebagai kedai atau apa. Dia kira mcm supermarket baby gak...hikhikhihk..boleh gitu? Nak ckp kedai, mcm tak sesuai sebab dia besar gak, nak cakap mall tak sesuai gak sebab dia tak lah terlalu besar..Lantaklah!


Antara beberapa walker yg kitaorg tgk.

Inilah pilihan aku dan hubby. Brown+Dark brown+Yellow. Mula2 aku nak yg warna hijau apple. Cantik sgt! tapi hubby tak kasi sebab tgk mcm senang nak terbalik jer..Yg ini bagus sikit sebab tapak dia besar. Susah terbalik. Lepas tu dia ada 2 fungsi. Sebagai walker dan juga rodanya bole diterbalikkan menjadi kerusi jonkang jongkit. Harganya RM189, less 20%. Semua walker kat sini aku tgk harga lebih kurang mcm ni. Paling murah rm140. Tapi x cantik. Mahal2 barang budak2 skrg yerk! Lepas tu, pki tak sampai setahun dah rosak!

Kenapa kitaorg pilih ni?
Alisha ni, kalau hubby bawak kete, dia suka duk kat depan stereng. So, hubby pun carilah yg ada ala-ala kete yg ada stereng. Hahahahah! siap ada stereng+horn+button mcm button aircond. Clutch ngan gear je takde! Kalau tak, alisha dah leh blk kg sendiri bawak kete...takpun gi beli susu sendiri.

Sungguh teruja!!!
aku amik gambar pun tak sedar

Bulan depan Alisha dah masuk 7 bulan. So, ini kali pertama tukar susu dari S26 Gold ke Promil Gold step 2. Tadi kitaorang beli sekali. Tapi..bila nak tido, tetap minta SUSU UMMI!!!


Alisha, Dah ckp thanks kat abah?

Monday, November 23, 2009

Gi mana??

CUBA KORANG TEKA??
Hujung minggu yg baru lepas ni kitaorang gi mana? Hurmmmm.....
Teka lah..teka....Bagi yg jarang pergi..dibawah ini, ada klu nya..Bagi yang selalu pergi, dok yam! yam! (duduk diam2) he..he..



Tau tak katne ni?
Takut tau tempat ni. Pameran alat2 penderaan. Aku masuk, bila dah tgk mcm2 jenis alat, jadi takut lak! Pastu terus kuar cepat2..takut malam tokleh tido..dok ingat jerk! (org yg dlm gambar tu tgh pikir lah tu..nak masuk idak..nak masuk idak..)



Kincir Air
He..he..he...tau tak katne ni? mesti dah ada yg kata...."Ooooo..ek eleh...sini...tau dah!" (tengok hubby tu, kemain ketepi lagik amik gambar. Malu tapi mau..)



Klu seterusnya..Ronda2 Sungai tettt...tettt...
korang mesti kata "a'ah..betul lah ni aku rasa tempat ni.." Dulu aku gi sini, aku rasa takdelah lagi bot2 ni bagai. Sekarang dah ada lak. Cepat tul membangun. Padahal tak silap aku baru nak dekat 2 tahun lebih je aku tak pegi.



Beca.
Ha..ha..ha...confirm korang kata "aku dah agak dah MELAKA...poyo tol lah minah ni" aku saje je suruh korang teka walaupun ramai dah tahu tempatnya.



Alisha kalau berjalan, inilah hobinya..titoq!


Pa..senyumlah sikit! Masam mencuka je
Hubby kalau bawak kitaorang berjalan, dia memang rajin tolak stroller alisha atau dukung alisha. Memang senang sungguh aku nak bershopping. Dulu orang kata kalau dah kahwin lama kelamaan, jalan pun dah jauh sebatu. Suami depan, isteri tinggal kat belakang. Tp, aku lak..aku kat depan, alisha ngan hubby sebatu kat belakang..hahahahah! Maklumlah kita org pompuan nak pilih barang kan lambat cam siput. Semua nak branded+cantik giler+terkini tapi MURAH! So, kenelah jln dulu.


Sebenarnya 3 minggu lepas, hubby menyuarakan pandangan nak bawak ninda tersayang kami jalan2 tempat yg ninda kami tak pernah pegi lagi. Pikir punya pikir punya pikir, lastnya huby kata nanti kita gi MELAKA je lah! bukan jauh sgt pun...kat KL ni semua ninda dah pegi! so aku pun bagi pihak ninda kami berhoreyyy! atas cadangan itu. So, patutnya minggu yang kitaorg gi mid valley, kitaorang gi melaka, tapi hubby kurang sihat..so postpone ke hujung minggu yg baru lepas ni. Mula2 dah tak jadi pegi sebab aku dan alisha kurang sihat..tapi atas kepura2an aku yg sihat, so kita enjoyyyy!!!!

Kitaorg pegi balik hari je. Pegi kul 12 lebih dan sampai umah semula kul 8.30mlm. Disebabkan kitaorg gi satu hari je, so kitaorg cuma sempat jenjalan kat area bandar hilir je lah. Itupun dah tak muat tgn beli itu ini. Tapi, ini pun dah kira TERBAEKKKKK dari hubby untuk kami semua kerana sudi meluangan masa, tenaga dan $$....Mama, Alisha, Mom, Ninda, dan Harith betul2 happy...ting! :-)


Aku ngan MIL beli baju 'beach' utk alisha..cuteeeeee sgt!

Thursday, November 19, 2009

Museum Kesenian Islam

Betapa skemanya kitaorg! Hahahah....tapi apa salahnya kan?? Untuk pengetahuan semua, aku ngan hubby ni memang suka gi tempat2 mcm ni, bergantung pada mood jugak lah biasanya. Aku mmg dah lama sgt nak pergi museum kesenian islam ni. Ada sekali dulu aku nak gi, tapi tutup. So, terpaksalah batalkan niat. Kebetulan, nenek hubby dari Perlis dtg KL dan kitaorg pun bercadang nak bawa dia gi jenjalan. So, rasanya inilah tempat yg paling sesuai...

Kitaorg pergi sebenarnya 2 minggu yg lepas, tapi aritu kan pict tokleh upload, so skrg baru aku upload skit story ni. Kitaorg pergi dalam pukul 2ptg. Nak masuk kene bayar rm12 (dewasa), rm6 (bdk2 sekolah & warga emas).Kat sini ada beberapa keping gmbr yg sempat aku amik masa kat dlm museum ni, lepas tu nak amik lagi..dah kene soundddddddd...."cik, dr td sy perhatikan dr cctv cik dok amik gmbr, x boleh yer...." Aku pun purak-purak tak tahu lah walhal dah nmpk signage dilarang amik gmbr...kuikuikui..nasiblah cik yerk!


Tiket (sekarang ni semua bende pun byr)


Guide Book (takde pun takpe)


Hubby dan Alisha
(Sian Alisha..dia boring sungguh dok dlm kete sorong. Dlm museum kan senyap, tu yg dia dok gelisah. Menjeritlah, apa lah..mcm2 dia buat! Dahlah kitaorg meronda satu museum tu, 3 tingkat tu..apa tak ke boringnya dia)



Buku catatan lama mengisahkan tentang ibadah haji.


Kompas berpuluh tahun dulu


Al-Quran tulisan tangan


Senjata (dolu-dolu pun dah ada pistol)


Kain tenunan yg ditenun bentuk kawasan sekitar mekah/kaabah




Wednesday, November 18, 2009

I'm Back!

Wahhhh!!!
Sungguh lama aku tak update blog kesayangan ku ini..(blink! blink!)
Sebenarnyaaaa...dah seminggu aku tak boleh upload pict dlm blog ni. Asyik failed je upload. Apa masalahnya pun aku tak tahu lah..penat dah aku 'godek' itu ini. Tak mau jugak dia upload pict. Ditambah pulak dengan keje aku yg semakin menimbun2. Sejak 2 minggu kebelakangan ni, ada beberapa kwn lama + client lama aku yg suh dok wat freelance design untuk diaorg. So, nak ke taknak terpaksa lah tolong gak. Tapi aku tak kisah sebab, buat design ni dah memang minat aku...nanti aku cite pasal freelance job ni k..sekarang aku nak cite pasal last week kitaorg gi jalan2 kat MID VALLEY.

Kalau korang nak tahu, dah begitu lama aku tak gi mid valley. Last aku pegi masa mengandung 9bulan. Gi tengok wayang ngan hubby. Pastu bila dah ada baby, malaslah nak gi tempat2 mcm tu. Ramai org..So, mggu lepas, memandangkan mood alisha ok..sabtu tu, lepas hubby settlekan keje kat ofis..kitaorg pun berdezuppp! la pegi mid valley. Tujuan sebenar ialah nak cari tempat mkn...tu yg tak toleh kiri kanan lagi tu. Lapar giler! So, sampai mid valley, terus kitaorg gi level bawah cari pot...dan akhirnya memilih....(inipun setelah tawaf nak dekat 100x sebelum buat pilihan)


'The Manhattan Fish Market'





Muka hubby yg sungguh kelaparan..Mcm nak terkeluar air liur sementara tggu makanan sampai. Tapi, aku suh gak dia senyum.


Sungguh menyelerakan!
Bawah sekali ada nasi goreng. Atas nasi tu, dia letak seafood mcm oyster, udang, sotong dan ikan yg digoreng dan disalut tepung. Pastu ada kentang goreng, coeslow dan beberapa jenis sauce. Ada gak dia letak lemon dan tomato. Sebelum dihidangkan, waiter akan bakar atas hidangan ni dgn api..saje lah tu nak bikin gempak depan kitaorg! elehh..kitaorg tak tekejut pun..


Aku ngan hubby kerjekan!


Lepas makan..kekenyangan! Nak bangun pun dah malas.

Friday, November 6, 2009

HAJJAH NUR ALISHA

Ehh..eh..ehhhh...kecik2 dah naik aji..Takde apa nak buat malam ni. Jadi aku mengeksploitasikan Alisha. Kebetulan budak busyuk ni malam ni tido lambat, mungkin siang hari tadi, dia dah tido, tu yg malam ni dah kul 10 pun dok terkebil2 lagi sambil teriak2 kesukaan! Apalagi!!...Jom usha..


kihkihkhihkhihk...comel anak ummi


cubalah aksi ini kalau anda nak anak anda boring di rumah tak tau nak watpe.

Wednesday, November 4, 2009

Tercepit Cermin Kete!

Gmbr ni aku amik masa Alisha tido mlm td ni. Tanda lebam dah kurang sikit. Masa siang td, aku nak pegang jari dia, dia tak bg..td siang lebam betul.sampai takut aku tgk.


Apa perasaan korang kalau anak korang tercepit cermin? Ditambah plak, korang sebagai mak dia yg 'buat' plak tu. Pagi td, aku, hubby n Alisha nak kuar. Masa nak masuk dlm kete, aku masuk dulu, then nnti hubby akan past Alisha pd aku stelah aku membetulkan posisi duduk ku. Lepas aku betulkan posisi duduk aku, dengan pantas aku tekan button cermin tingkap naik keatas...dan tiba2 hubby yg berdiri disebelah pintu aku menjerit..Mama!!! bukak tingkap!! Tgn Alisha!! yg aku plak punya gabra, sampai lupa button depan atau button belakang utk turunkan tingkap. Kalau aku salah tekan, manalah tahu tertekan button naikkan lagi cermin tingkap tu, makin kuatlah jari Alisha kene tekan...aduhai!!!. Hubby kata, cepat ma!!! aku pun nekad je tekan..nasiblah cermin tingkap turun. Hubby cepat2 tarik tgk Alisha..apalagi, menjerit sekuat2nya lah Alisha..aku pun sambil tgn, bdn, kaki menggigil2 terus amik Alisha, bawak naik atas dan sapu minyak. Pastu bg dia breasfeed then hubby lak tiup tgn dia kuat2 supaya rasa sakit kurang sikit. Nasiblah kene kat hujung jari je. jari tengah dan jari manis. Alisha menangis lagi dlm 15mnt. Dan setelah kitaorg pujuk2..lama2 dia diam. Setengah jam lepas tu aku, nmpk dia dah bole pegang mainan. Syukurrrrr...sampai skrg, rasa menyesal dlm diri aku masih tak hilang lg..Maaf Syg. Apa yg menyedihkan aku, hari ni genap Alisha 6bulan...tak tiup lilin, tapi tiup jari lak..


Mlm td, sebelum tido, aku cuba tekan sikit jari dia, dia diam..mungkin dah kurang sakit kot. Lega sikit hati aku.

Hujung Mggu Lepas

Wah..dah berapa hari aku tak update blog ni. Semenjak kebelakangan ni, aku agak banyak keje yg perlu dibuat, ditambah pula dengan line internet yg tak berapa bagus membuatkan aku malas nak online sgt. Kalau online pun, stakat Facebook atau Ym. FB pun kalau bukak, lambat sgt received comment. Kesudahannya, aku sendiri yg marah. Lagipun semenjak dua menjak ni, Alisha asyik tido lewat je, so..masa nak online jadi terhad. Bila start tengah malam je, aku akan temankan hubby tgk DVD. Hubby aku mmg hari2 akan tgk DVD sebelum tido. Nanti ada masa aku tunjukkan koleksi DVD hubby ok! Mmg banyak giler..kalau dikumpulkan semula, dah boleh bukak kedai DVD cetak rompak kot...Hahahahah!!

Setiap hujung minggu, hubby akan bawak aku ngan Alisha ronda2. Tak kiralah kemana pun. Yg penting jenjalan..Sebab itulah janji hubby kat aku ngan Alisha. Kalau tak sabtu, ahad. Hari biasa, hubby mmg takde masa langsung untuk kitaorg, hubby selalu pulang lewat sebab keje yg menimbun. So..hari biasa, aku takkan kacau hubby wat keje. Tapi kalau sabtu atau ahad, hubby tak bawak aku ngan Alisha jenjalan, jawabnyer muncunggggggggg.........sedepa! Hujung mggu lepas, Ahad..hubby bawak kitaorg gi WANGSA WALK (shopping complex baru kat wangsa maju). Takde apa yg kitaorg beli, cuma baju sepasang sorang, yg lain tu makan!! Sabtu lak, hubby ajak aku gi mkn lagi...nasi lemak kat MARLIS CORNER. Mmg marvelous! (sampai gmbr pun lupa amik)


Alisha yg monyok sebab dia tengah tido dlm kete, pastu aku angkat masuk dalam stroller. Kiranya tak cukup tidolah ni. Tapi nasib dia tak merengek. 5mnt lepas tu, dia tido semula.

Ini first time aku makan kat POPEYES. Dia lebihkurang mcm kfc. Ada ayam, bun, coslow, kentang putar. Cuma rasa je lain sikit dr kfc. Hubby amik set ayam goreng. Aku lak amik set ikan. Pastu kitaorg tukar2. Hikhihkhihk..


Thanks hubby sebab bawak kitaorg jenjalan. Minggu ni tak rancang lagi nak gi mana.