Monday, August 31, 2009

Masih di JUSCO lagi

Carik punya carik punya akhirnya jumpa gak gambar masa gi jusco aritu.

Tadi aku carik takde!


Sekarang ada plak..ishh..ishh (cari pakai lutut ker..)


Gmbar masa gi jusco ni aku dah transfer masuk dalam labtop. Pastu aku carik takde lak. Tu yang aku upload gambar barang alisha jer. Tapi ni dah jumpa lak!

Takdelah banyak sangat pict yang aku snap. Alisha masa gi jusco ni mood pun tak berapa baik. Sebelum gi tak tdo, tu yang asyik nak merengek jerk. Nasib aku bawak ramai bodyguard.

Hubby siap bawak Alisha masuk kedai mainan nak pujuk punya pasal.
Tengok muka Alisha tu..monyokk jer.

Sebelum masuk jusco lagi,muka dah menunjukan ketidaksukaan.

Hubby belikan Alisha kawan baru. Gantung kat stroller.

Adik aku ira (x pakai tudung), iza (pakai tudung)
Diaorang ni merangkap bodyguard Alisha.

mummy ira

JALAN-JALAN

Ishh..lambat tul lah aku ni update blog aku ni. Semenjak pose ni rasa cam malas je. Kalau buka labtop benda lain yang aku surf. YM lah, baca blog orang lah, tengok barang2 terbaru lah..

akhirnya mengantuk dan tdo!


Ni baru nak cite pasal gi jusco masa balik johor aritu. Maklumlah bulan pose, boring lak duk umah takde wat pape. So, hubby pun ajak gi jusco tengok apa yang patut. Lagipun dah lama tak jalan2 kat jb ni.

Aku memang suka gi jusco tebrau ni. Byk giler butik.

Pastu barang2 dia semua cam best jer. Tapi kalau nak beli baju atau kasut ke yang aku lemah tang cari saiz mesti dah abes. JB ni kan dekat dengan singapore, so semua barang2 kat sini byk diorang lah dah kebas dulu. Masa park kete pun, byk kete singapore jer..mencik tul lah!


Tak byk sangat yang aku beli. Aku beli barang2 raya untuk family aku sikit. Untuk budak busyukk tu adalah skit beli utk dia. Kalau berjalan, tak sah kalau barang alisha tak beli. Barang aku ngan hubby jatuh no 2 3...huhu. Kadang2 langsung tak beli barang kitorang..uwarghhh..

kiut kan kasut ni. Aku suker!

Stokin ni aku nak sesuaikan dengan beberapa helai baju alisha yg aku dah beli aritu.

Baju ni tok alisha (mak mertua) belikan. Tapi aku masukkan sekali lah.

Baju ni aku suka. Fabrik dia bagus utk baby. Lembut sangat.

Sunday, August 30, 2009

KAALISYAH ALIYAH..nice to meet u!

Masa balik johor aritu, sempatlah gak kitorang singgah umah zila tengok baby dia yang dia panggil aliyah. Aku ajak atul (member masa sekolah gak) gi sekali sebab memang dah janji ngan atul nak gi sesama. Masa zila lepas bersalin, dia ada send pada aku gambar aliyah. Hurmmm...memang montok dan gebulah aliyah aku tgk. Penuh satu screen hp aku. Comel betullll...kalau korang tengok sure rasa nak picit2 je pipi dia...

So, masa gi umah zila tu hari dah petang sikit. So tokleh lama sgt sebab first day puasa kan. Cuti plak tu, takut jalan jam. Hubby plak tak suka time2 berbuka masih dok dalam kete lagi. Tak selesa.

Ermm..masa sampai je umah zila, aliyah dah tunggu kitorang depan pintu..Pandangan pertama aku tengok aliyah jer, terus aku rasa biar betul ni. Susu apa dia minum ni..hikhik (jangan mara eh zila..aku paham, bapak borek anak rintik)..Kussss semangatttt betul aliyah. Memang tak nampak macam sebulan lebih. Rambut dia lagi lebat nak dibandingkan ngan rambut alisha..aduhaii ciputnyerr! Sian anak ummi takde rambut sgt. Takpe ye nak, nanti umah letak santan byk2 bagi tumbuh rambut.

Kitorang semua geram giler tengik anak zila. Baru sebulan lebih, badan dia dah sedap nak pegang..tapi tokleh lawan ayah dia lah..pegang sebelah tangan tu beb..(sori ek raif. Saje nak glamorkan ko dlm blog aku ni)
Kalau korang tak caye, jom kita tengok!

Percaya tak baru sebulan lebih je ni?

Aliyah boring kitorang kacau dia nak tido

Mari kita wat perbandingan
Alisha 3bulan, Aliyah 1bulan...saiz badan nampak macam sebaya!
Alisha muka cam cuak jer tu..Tangan dah kene kepit tu.

Masa kat umah zila. Borak2

Alisha dengan untie Atul.

Wednesday, August 26, 2009

Balik kamPuNG haLAMAn

Aduhai..nak tunggu balik kg, punyalah lama..asik postpone jerk. Hubby asik busy jer. Tiba2 dah balik, kejapnyer rasa. Lepas abis pantang aritu, baru ni lah aku bali semula. Rindunya kat mak. abah n ika (adik bongsu aku). Mak ngan abah aku punyalah happy bila dengar kitorang nak balik. Dah lama gak dia tak jumpa cucu dia Alisha. Asyik dengar suara je kat tepon. Kali ni aku balik ramai2 dengan adik2 aku yg belajar kat shah alam semuanya. Kitorang balik kali ni sebab nak sambut puase ngan family kat johor.

Apapun kita layan gambar2 kat bawah ni yerk. Ni semua gmbr2 masa on de way balik. Kitaorg balik hari jumaat dlm kul 5 ptg dr gombak. then gi shah alam amik adik2 aku. Dari Shah Alam kul 6. Pastu kitaorg mcm biasalah singgah kat Pagoh..makan2 time! Hubby sahur sekali..Sabtu kan dah pose.


Makan time! kat Hentian Pagoh.

Nak sambung perjalanan dah! Hubby beli buah dokong ngan mangga.

Tengah kitorang dok syok layan2 lagu dalam kete lepas sambung perjalanan, tiba2...

Jeng..jeng...jeng...

1..2...3...sergahhh!!!

Korang agak2 apa budak busyukk tu tengah buat?? Lu pikirlah sendirik!

sms saye jika tahu jawapan ini...daaaa...

Tuesday, August 18, 2009

h1n1..minta dijauhkan

DOA NUR (doa cahaya)
Doa Nur dikenal sebagai Hirz (doa perlindungan) Fatimah Az-Zahra’ (sa). Doa yang diajarkan oleh Rasulullah saw kepada puterinya yang tercinta. Khasiat doa ini Jika didawamkan, dibaca secara istiqamah, akan dapat mempermudah datangnya rizki. Selain itu dapat menyembuhkan penyakit demam, dan sangat bagus dibaca di saat-saat musim penyakit demam.

Bismillâhir Rahmânir Rahîm
Allâhumma shalli `ala Muhammadin wa âli Muhammad

Bismillâhin Nûr, bismillâhi Nûrin nûr, bismillâhi Nûrun ‘alâ nûr, bismillâhil ladzî Huwa Mudabbirul umûr, bismillâhil ladzî khalaqan nûra minan nûr. Alhamdulillâhil ladzî khalaqan nûra minan nûr, wa anzalan nûra ‘alath thûr, fî kitâbin masthûr, fî riqqin mansyûr, bi-qadarin maqdûr, ‘alâ nabiyyin mahbûr. Alhamdulillâhil ladzî Huwa bil-’izzi madzkûr, wa bil-fakhri masyhûr, wa ‘alas sarrâ-i wadh dharrâi masykûr, wa shallallâhu ‘alâ sayyidinâ Muhammadin wa âlihith thâhirîn.

Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang
Sampaikan shalawat kepada Muhammad dan keluarga Muhammad

Dengan nama Allah Cahaya, dengan nama Allah Cahaya dari segala cahaya, dengan nama Allah Cahaya di atas cahaya, dengan nama Allah Yang Mengatur segala urusan, dengan nama Allah Yang Menciptakan cahaya dari cahaya. Segala puji bagi Allah Yang Menciptakan cahaya dari cahaya, Yang Menurunkan cahaya ke bukit dalam kitab yang ditulis, dengan ukuran yang tertentu, kepada Nabi yang terpilih. Segala puji bagi Allah yang dikenal kebesaran-Nya, yang masyhur keagungan-Nya, yang disyukuri dalam suka dan duka. Semoga Allah menyampaikan shalawat kepada junjungan kita Muhammad dan keluarganya yang suci. (Kitab Mafatihul Jinan, kunci-kunci surga)

BeRtaNDang di sHah AlaM!

Baru aku ingat..Bulan lepas aku ada gi shah alam. Gi umah sewa adik aku iza. Tahu jelah, nama pun umah sewa merangkap umah anak dara, so agak kelam kelibut skit lah ye. Tapi walaupun umah sewa, barang2 kat umah tu kira complete gak. Semua ada.Macam umah family. Cuma umah tu agak sempitlah..biasalah umah kat area sec 7 tu. Area pintu belakang Uitm dihatiku..
Tujuan aku dtg sini pun saje2 je, mengisi masa lapang. Lagipun iza suh kitaorang dtg, dia ngan kawan2 dia menjamu kitorang mkn. Baik sungguh kawan2 iza, marina dan ida. Thanks ya jamu kitorang! Iza buat menu yg aku paling suka iaitu Spaghetti Bolognese. Aku suka betul spagetti tu terutama yg iza buat. Sedap giler! Kawan diaornag beli buah2 dan mcm lah. Jamuan kecil kecilan.

Lagipun aku saje nak bawak alisha jumpa mama iza dia. Dulu masa dalam pantang, aku kan tokleh gerak sangat. Mak aku lak kadang2 da sibuk buat itu ini, so iza lah yang paling banyak jaga alisha terutama bab kalau alisha tak tido malam. Dialah orang yang paling sanggup berjaga temankan alisha. Aku dalam pantang mana boleh berjaga malam sangat, nanti mak aku kata boleh meroyan. Jadi, aku pun 'terpaksalah' berehat . Hurmmm....So aku mendapat layanan yang cuuuukuppp baik! Kat sini aku tak amik banyak gambar. Yang banyak pun gambar budak busyukk tu..

Hubby (baju putih), aku (sofa), ira (baju itam), apiz (pakai cap)

Alisha terkejut tengok semua orang mengadap dia.

Budak busyukk baru bangun tdo.

Saturday, August 15, 2009

boleh tahan la penatnya..

Fuhh! nari aku memang penat giler. X tahu lah nape. Selalunya aku kalau berjalan mesti top ten, dari pagi sampai ke petang sambung ke malam memang sure ok dan masih gah di shopping complex jenama apa pun. Dari zaman remaja, anak dara, mengandung memang suka berjalan.Tapi nari aku mmg letih giler. Padahal budak busyukk tu punyalah baiknya..diam jer. tdo bangun tdo bangun dok dlm stroller. Aku ngan hubby memang puas betul jalan ke sana sini. Selagi stroller tu kitaorg sorong, selagi tu lah dia diam..taaapii! jangan stroler tu benti. Memang ler dia mcm cacing kepanasan dok menggeliat. Sebelum dia menjerit kitaorg pun apalagi sorong papan tarik papan la. Tapi aku rasa mungkin waktu pantang sampailah lepas habis pantang aritu, aku x kuar jenjalan lama2 lagi. Kuar pun sekejap2. Nari baru kuar dari petang sampai ke malam. Tu yang sakit kaki tak ingat punya!!

Tujuan kitorang kuar nari bukannya nak beli apa pun, cuma saje nak menghilangkan kebosanan dihari minggu. Sementara hubby ada masa, baik jalan je kemana pun. Bila hubby dah sibuk, satu sen pun tak guna. Nak kuar kenalah kuar sendiri. Alisha pun cinonet lagi, so nak tak nak kene tunggu hubby gak nak jalan. Kalau tak sape nak jaga budak busyukk tu. aku sorang2 tak larat weyyy..Masa kitorang jenjalan tadi, ramai org pakai "mask". Aku ngan hubby ngan alisha je tak. Hubby kata takyah, susah nak ckp nnti..Rimas! Aku pun mmg taknak, sebab aku pakai lipstik baru. Tokleh lah nak bergaya..penat je beli.lagipun sian kat alisha. Takkan dia pun nak pakai "mask". Kalau aku ngan hubby je yang pakai, taknaklah.Sian Alisha..patutnya Alisha yg paling utama kena pakai sebab dia baby gurl yg busyukk! Takpelah..lagipun kitaorg jalan jauh2 dengan orang. Agak nampak orang yg mcm tak berapa sihat dan kesihatannya yg agak mencurigakan, sebatu kitorang lari.hihkihhk..(Budget orang tak takut dekat dgn kita yerkk!)

Masa kuar tadi petang, aku x beli byk pun, cuma sehelai baju kurung dan skirt. Baju kurung tu, hubby belikan. Katanya utk raya (awalnya pa..). Aku suka baju tu sebab aku takde lagi baju kurung warna tu. Hubby pun suka, tu yg beli. Hubby plak beli kasut Lois. Smart kasut tu. Katanya utk raya, tapi belum bayar lagi dah tanya akak jual tu "kak, boleh tak terus pakai?" Hurmmm..dah agak dah! Dari tadi dah bg hint2 mcm nak terus pakai je. Tak menyabar2..Kalau aku belikan hadiah besday pun sama, belum smpi hari jadi, dah tanya "mama nak belikan papa hadiah apa, kalau tak tahu lagi, papa pilih sendirilah.." Hubby tak suka surprise2. Sebab dia cerewet tang beli barang dia. Kena yg dia betul2 selesa, kalau tak.. mahal mcm mana pun kita bagi..ke stor lah jawabnya. takpun bawah katil duduknya barang tu. So, sebelum aku rasa menyesal kuar duit, baik jangan cuba aksi ini dirumah!
Inilah baju yg hubby belikan. Skirt tu aku beli sendirik.

Kasut hubby aku tak snap pict pun. Kamera tak bawa. Kasut plak hubby dah selamat pakai..huhu. Apapun thanks ye hubby sebab bawak kitorang jenjalan nari. Sayang papa! Muahh..

dah habis..nak lagi? esok eh.

Thursday, August 13, 2009

Jom Skodeng!

Hurmmm...tugas aku mlm ni membazirkan masa menskodeng budak busyukk tdo. Bila tgk budak busyukk ni tdo, rasa syg semakin kuat kat dia. Bila tgk namanya girl tapi bila tgk tdonya mcm baby boy! Alisha dah 3 bulan, so tdonya pun dah semakin mengganas. Terkangkang sana terkangkang sini..kalau tak caya kat sini aku ada tunjuk buktinya hasil penyiasatan aku selama 2 mlm..Tapi aku cuma amik 2 keping je satu mlm, sebab masuk keping yg ketiga jer, bdk busyukk ni dah mula bergerak2. Mungkin flash kamera buat dia tersedar. Sebelum dia tersedar baik, aku stop! Kalau dia dah bgn, alamak jawabnya sampai ke pagilah aku ngan hubby tak tdo. Memang dia tak nangis bila bgn tgh mlm, tapi nak melayan tu..aduh! jenuh. Kalau tak dilayan kang, gamaknya satu taman dengar dia menjerit..aikkk!..aikk!..aikkk!..(x tahulah apa makna bahasa baby ni). Jom layannnn...




Wednesday, August 5, 2009

First day

Tadaaa!!!
Akhirnya dapat gak aku wat blog untuk aku.Yesszz!!
Dari sehari ke sehari aku nak wat blog ni..tak gak mula-mula. Padahal kalu nak buat sambil pejam mata, cungkil gigi, potong kuku pun boleh. Cuma nak memulakan je yg malas skit..Lagi2lah bila dah ada alisha (my baby gurl), bila dah mengadap muka dia, satu keje apa pun tokleh nak buat. Dok mlayan dia jer yg suker senyum2 kambing. Patutnya blog ni aku buat sebelum bersalin hari tu, tapi keje kat opis bertimbun2..hurmm..terpaksalah menyetelkannya sebelum aku meletop! So, dgn adanya blog ni leh lah aku share cite ngan korang semua. Lagipun bila alisha besar, boleh gak dia baca sebab salah satu sebab aku wat blog ni pun untuk my baby gurl yg sorang tu..ummi sayang alisha! budak bushukk..

ini je untuk hari ni...