Thursday, August 25, 2011

Singapore ~ Yuhuu!!!

Entry aku kali ni, aku nak cite pasal kitaorg satu family gi Singapore akhir bulan 7 aritu. Kali ni kitaorg gi bawak kereta memandangkan aku yang tak berapa sehat 100%. Aku gi ni pun pasal hubby dah bising2 sebab katanya dah lama tak jalan2. Almaklumlah, aku kan dah 3 bulan dok memerap kat umah. Aku rasa lah kan, waktu ni, kalau suami aku ajak aku gi keliling dunia pun aku tak mau. Aku lebih sukakan dok atas katil aku je, dah naik lekuk dah bantal ngan tilam kat umah mak aku tu. Demi kesiankan hubby aku dan Alisha, aku pun setuju lah bila hubby ajak gi Singapore walaupun hakikatnya aku masih lemah2 anggota badan dan kadang2 masih ada rasa nak muntah lagi. Sepanjang aku ke Singapore, sepanjang itulah aku kemam je gula2 (akukan preggy dan alahan teruk. Tekak rasa payau jer).

Kalau korang tgk gmbr aku nanti, mesti korang akan nmpk aku sentiasa dgn lolipop (kenapa lolipop?)...Sebab, lolipop lambat sket nak habis berbanding gula2 lain. Pastu aku asik berebut je lolipop dengan Alisha. Kalau mkn gula2 biasa, bolehlah aku mkn sorok2, tp disebabkan aku mkn lolipop, mmg dah tak boleh sembunyik lg. Hubby marah kat aku sebab aku mkn lolipop, Alisha pun dah kenal erti gula2. Kalau tak, tak pernah dia mkn gula2. Jom layan gmbr kitaorg ke Singapore (pergi blk ari jer sbb dekatkan jb-Singapore) :)


















P/s: Hari ni last keje, dah nak raye wey..blk kg, yabedabeduuuuuuu!!!!!!

Tuesday, August 9, 2011

sTroNg!!!

Yezzaaa!!!..alhamdullillah, setelah 3 bulan bercuti tanpa gaji kerana alahan mengandung aku yang agak memualkan, sekarang aku dah mula naik kerja dan memulakan rutin harian macam biasa :) Kalau tak sebelum ni, aduai melepek je lah atas katil. Apa yang aku tahu, uwerkkk! uwerkkk! uwerkkk! Sampai orang umah sebelah dan sebelah dan sebelah pun boleh dengar. Tak kira malam, siang, pagi, petang, subuh, magrib dan yang sewaktu dengannya, keje aku adalah muntah dan muntah! (dah tokleh panggil morning sickness dah, kene panggil everytime sickness) Naik pening pale mak aku jaga aku, baik2 orang tua tu bersabar, jadi tak sabar jadinya. Mana nak jaga anak aku lagi, mana nak buat tempahan masak lagi, jaga aku lagi..Sian mak..huhu

Masa bercuti aritu, aku memang 3 bulan tak kuar-kuar umah. Kesian Alisha, dia pun dah tak terurus, yang dia plak kemainlah nakal sungguh, makin aku cakap dalam perut ummi ada adik, makin dia henyaknyer perut aku. Ntah jeles ke ntah nak menunjukkan rasa kasihnyer pada adik dia (ye ke?) gasaklah Alisha..yang penting ko tak nangis, sudah. Tapi, Sekarang semuanya dah kembali normal ok! So, apalagi memandangkan sekarang bulan pose, raye pun dah nak dekat, makanya aku yang semakin STRONG ni memulakan misi aku untuk bershopping raye dan buatlah apa yang patut termasuklah membersihkan umah aku yang dah bersawang macam umah hantu. Sampai kawan aku kata, kalau open iklan rm5 sekali masuk umah hantu pun dah sesuwaiiiiii...=)