Tuesday, June 12, 2012

Hair Man Plant ;)

Ahad yang lepas, aku satu family gi lah jenjalan menghabiskan duet dan masa kat KL Festival Shopping Mall. Shopping Mall ni bolehlah dikatakan baru gak sebab aku pun baru 2 kali je pergi. Memikirkan takde apa nak buat kat umah, so en.hubby pun ajaklah kesini. Tapi apa yang aku suka kat mall ni ialah kat sini ada satu shop KAISON-home fashion. Shop ni memang tersangatlah banyaknyer jual mende2 yang aku suka mcm cute2 things stationery, bunga bungaan yg sgt cantik, barang2 perkahwinan mcm tempat hantaran yg pelbagai coraknya. Yang lagik best bila ianya MURAH!.he..he..he..memang lama lah aku kat dalam ni bertemankan Arfan yang diam je dlm stroller dan juga adik aku Miza yg sememangnyer tgh survey2 barang2 kahwin dia. En.hubby dan Si mulot kepoh Alisha dah selamat kat indoor playground. Tapi, apa yg aku beli ialah...... :)


 Hair Man Plant
( mari bercucuk tanam tanpa penat! )

 Aku beli dua. Satu lagi untuk kawan aku kat opis yang selalu sangat cakap boring dok dalam opis. So, dengan adanya pokok ni terisi lah sket masa dia dengan kegiatan berfaedah ;)

 Tu dia..kemain hensem lagik mamat ni. putih semacam. dalam tu biji benih yg dibunjutkan macam sup bunjut adabi. Pastu aku masukkan air dalam tu. Dalam arahan tu takde plak dia cakap air sampai paras mana. So, aku penuhkan je la satu patung tu. Bukan banyak air nanti pokok mati ke?..emm..gasak ler!

Tadaaa!! kemachoan terselah gitu~~Aku letakkan bersama2 dengan pokok atas meja opis aku. At least takdelah sunyi sgt hair man plant aku tu. Tin yang purple color tu pun aku beli kat tempat yang sama gak. Dalam tu aku isi semua note2. Taklah bersepah sangat meja aku...walaupun hari ni kemas, esok bersepah blk!

So kenelah tunggu biji benih tu keluar pokok yer! harap2 menjadilah tanaman aku thn ni ;)



Tapikan...lepas je aku letak pokok tu kat situ, mata aku ni asik nak tengok ke situ jer...tiba2 rasa lambat benar nak tumbuh pokok. Baru 2 minit aku letak. Asik nak usik je mende tu. Kejap letak bawah, kejap letak atas. Kejap alih tepi...tgk kat dlm plak. lap2 skit...he..he..he..excited lebeh~