Wednesday, December 30, 2009

BeAr PlaYgyM

New playgym utk alisha

Sedang asyikkkk bangatt!

Aku amek gmbr, skit pun dia tak tgk kamera. Terlalu suker!


BEAR PLAYGYM ni hubby beli utk Alisha 3 mggu lepas. Hubby bawak blk playgym ni masa dia blk kerja. Alisha bila tgk je, aku bukak playgym ni dari plastik, bukan main suker dan tak sabar. Lepas tu, langsung tak pandang kiri kanan. Gmbr yg aku amik ni, masa pertama kali Alisha try playgym ni. Memang dia suka. Semua mainan kiri kanan atas bawah tu ada mengeluarkan bunyi. Tu yg dia dok asyikkk sgt. Aku panggil pun, dia buat tak reti jer! Kalau ibu zilla baca blog aku ni. Aku nak bg pesanan kat Baby Aliyah.." u should try this and it's better for ur diet exercise"... :-)



p/s: jgn mare taw aliyah..Auntie bg cadangan jer. Aritu kan aliyah ada masalah obesiti...

Tuesday, December 22, 2009

CUCI POKET SKET!

Hari ahad yg baru lepas ni, kami 3 of family tersangatlah boring dok kat umah. MIL dan FIL semua balik kampung di Perlis. So, dalam kul 4ptg, lepas ALisha bgn tido, hubby pun ajak kitaorg gi Jusco utk jalan2 bagi mengisi masa lapang. Sampai je di Jusco, wahhh!!! terlupa aku skrg kan tgh SALE. Disana sini semuanya sale..so! apa lagi...Pucuk dicita ulam mendatang..kehkehkeh. Menyesal aku kuar umah lambat sgt. Kalau aku tahu, pagi2 lagi dah ajak hubby kuar jenjalan.

Ini aku punyer! Blusher by Body Shop.
(Ini mmg blusher kegemaran aku sejak dulu lagi. Wlaupun bodyshop dah kuar blusher baru, aku tetap pilih yg ni gak. Warnanya x terlalu obvious. 04)

Ini hubby punyer! Jeans LEE
(hubby x pernah lagi pki jeans brand lee ni, selalu kalau brand lee dia akan pki kodroi jer, kalau jeans dia lebih suka levis, tp kali ni dia nak ubah selera. Bila dah pki aku nmpk ok gak, tp perut tetap tokleh cover gak..wakakaka)

Ini Alisha punyer! Tersangatlah comel. Aku suka sgt kasut ni.
(ada satu lagi warna merah, corak mcm chinese style, tp xde saiz...huhuhu)

Ini pun Alisha punyer!
(masa ni, baju baby semua OFFER gila2. Tersangat haru biru aku nak memilihnya. Tapi aku cuma ambil spasang baju tdo mlm, 2 pasang baju jln2, sehelai ala2 singlet)

Kehkehkeh...Sebenarnya kuar2 je dari kedai baby tu, aku terus pakaikan Alisha kasut baru dia ni...x sabar punya pasal!

Lepas letih jln2, apa lagi! ngappp laa!! dan menu kami hari ini...
MR. TEPPANYAKI
(mmg favourite hubby aku makanan korea dan jepun ni kecuali sushi)

Ini hidangan yg aku order. SALMON FISH wif PRAWN. Hubby punyer langsung aku tak sempat amek gmbr, dah habes!


p/s: kesimpulannya, penat jalan2 tp barang aku 1 jer!...huhuhuh

Sunday, December 20, 2009

mAri MemAsaK

Dah lama aku nak try wat chicken chop atau lamb chop sendiri dan dah byk pun duit kitaorg abes sebab asik mkn chicken chop kat luar je. Tiba2, satu hari tu aku menyuaraan pendapat kat hubby nak wat lambchop. Hubby kata "buatlah..tp sedap ke mama buat?"...."hurmmmm...belum cuba belum taw" aku balas! So, keesokannya, hubby blk kerje aku tgk, dia bwk balik 2 bungkus besar. Sebungkus chicken sebungkus lamb..Aku pun dah mula ketaq. Aku dgn hubby ni, mmg ada tabiat pelik iaitu suka mkn tengah2 mlm dlm kul 3 atau 4pg. Dari sejak kahwin lagi, kitaorg mmg suka tido lmbt. Biasanya kitaorg akan tgk dvd sambil mkn. kehkehkehkeh..

So, sebelum wat tu, aku dah surf kat internet resepi2 yg sedap. Tp dulu aku pun ada simpan gak sket2 resepi2. Bila dah dpt resepi yg aku rasa sedap, so aku pun memulakan kerje memasak aku kul 12mlm. Sebab, hubby akan balik umah kul 1 lebih..boleh lah kitaorg candle light dinner..yuhuuuuu!!! ekekekke...mkn depan tv jerk sebenarnya...:-)


Daging kambing lepas aku panggang guna dapur gas

Sos black pepper

Coeslow
(coeslow ni aku dah selalu buat sebab senang dan mudah je nak buat ni)

Chicken Chop wif black pepper sauce
Aku punyer

Lamb Chop wif Black Pepper Sauce
Hubby Punyer.

Lepas mkn tu, aku tanya hubby sedap tak? Hubby kata "MARVELLOUS!) lega hati aku. Hubby aku ni terlalu cerewet pasal mkn, tapi bila dpt dgr dia puji..sungguh kembang aku :-)......Dia siap ckp.."esok buat lagi ma.." aku pun jawab "boleeeeeeeeeeeeee....."




Wedding Shahzamir at Perak

Jumaat minggu lepas, aku, hubby, Alisha dan beberapa org kawan hubby konvoi tu perak utk wedding Memey (kwn hubby). Kitaorg semua gerak dari KL dlm pukul 9.30mlm dan sampai di perak dlm pukul 1pg. Perjalanan agak lmbt sebab hujan lebat, maka dgn itu, kete kami semua pun byklah kalinya berhenti utk membuang hajat besar dan kecil akibat kesejukan. Tau je lah, org lelaki bila dah benti, mmglah lama..minumlah...smoking lah....kencing la...borak la...aduiii!! Aku yg menunggu dlm kete pun jadi Lebam! Nasiblah Alisha asyik tido jer..

Sampai je kat Perak, memey dan ayahnya dha tggu kitaorg kat tmpt yg dijanjikan,. Ini kali kedua aku menjejakkan kaki ke area Seri Iskandar. Sebelum ni aku pernah gi sini hantar adek aku miza kat itm seri iskandar ni. Dah maju lak aku tgk tmpt ni skrg. Kemudian, memey pun tunjukan Homestay yg dia dah reserve utk kitaorg. Wahhh!!! sungguh selesa...THANKS TO MEMEY SEBAB SUDI JEMPUT KITAORG DTG WEDDING KAMU, DAN THANKS JUGA UTK HOMESTAY YG TIPTOP! kami, 3 of family dan 3 org kawan hubby balik keesokan harinya after wedding, tp ada beberapa kwn hubby yg stay smpi ahad. Saje nak ronda2 Perak.


Masa on the way nak gi Perak. Kat hentian Tapah. Alisha dpt mainan baru. Hubby belikan. Tgh 'jakun' ler tu.

Masa pagi2 sabtu sebelum gerak gi umah memey, gi breakfast kat DELI CAFE.

Wedding Memey(lelaki)
sorry gmbr kabur sebab hari hujan masa ni.

Ni masa on the way nak blk KL after wedding.

On the way blk KL, lena sungguh Alisha tido. Dari perak-KL alisha tido.


Sunday, December 13, 2009

KENDURI & KWN BARU ALISHA

Minggu ni, kitaorang takde gi berjalan mana2, hanya menghadiri beberapa kenduri rumah kawan2 terdekat. Semalam kitaorg gi makan kenduri di rumah staff merangkap kawan hubby iaitu 'ayob' atau Nama penuhnya Fairul Reymi (aku pun x pasti spelling ni betul atau x). Cuaca sungguhlah panas dan memeluhkan badan. Disebabkan Ayob adalah kwn hubby, so pagi2 lagi hubby dah keluar ke rumah ayob untuk 'tolong' apa yg patut. P/s: "tolong ke borak pa?"....maka dengan itu, aku dan Alisha terpaksa pergi makan kenduri agak lewat sebab menyiapkan makan, minum Alisha. Lagipun, sebelum kuar ke mana2, aku mesti tidokan Alisha dulu untuk 2 atau 3 jam. Kalau tak, Alisha tak berapa selesa untuk dibawa ke hulu ke hilir. Dalam kul 2ptg, hubby telefon aku suh tumpang kwn dia "Rose dan Nazmi" yg kebetulan akan melalui rumah kitaorg dulu sebelum sampai ke rumah ayob. Aku pun okey saje. So, dlm kul 3.30ptg, rose pun sampai dan pick up kitaorg. Anyway, thanks ye rose n nazmi...Sampai je depan umah ayob, hubby dah tggu aku ngan Alisha, hubby jaga Alisha dan aku pun gi lah melantak dengan perasaan malu2 kucing..

Tunggu hubby lama sangat. Alisha dah boring dah. Aku ajak amik gmbr, dia buat donno jerk!

Ni masa dah bawah khemah. Tgk tu muka Alisha masam je.

Petang ahad tadi, kitaorg tak ke mana pun, hanya bersantai di rumah sambil menonton vcd 'TAXI'..best gak cite tu. Sebenarnya, paginya tu, aku ngan hubby without Alisha gi kenduri kahwin kawan sekolah hubby aku 'Omar'. Aku tak kenal sgt la. Dtg untuk makan jer. Dan balik dari kenduri tu terus relax je kat umah. Dalam kul 5.30 ptg, hubby ajak ronda2. Masa ronda2 tu, kitaorg adalah singgah kedai kat area seri gombak. Saje..cuci2 mata. Takde apa yg kitaorg beli cuma hubby belikan Alisha kawan baru!

Patung bantal 'Frog'

Malam pertama bersama teman baru.

Suka betul Alisha dengan frog ni. Masa kat kedai, lum sempat bayar lagi, dah gigit2 plastik. Aku bukak je plastik, terus dia peluk2 cium2nya frog tu sambil jerit2. Dia suka sgt mungkin sebab materialnya lembut. Mula beli sampailah nak tido, di bawak si frog tu..esok lusa tak tahulah apa nasib si frog tu. Mesti dah kene campak kat bawah katil kot. Dah boring!


p/s: Alisha ni kalau ada mainan baru, kemain tak sabar2 lagi dia nak main. 24jam asik telek2 mainan tu. Tapi bila dah 3 4 hari..langsung pandang pun taknak!

Sunday, December 6, 2009

AQUARIA,KLCC+KENNY ROGERS

Sebenarnya ini adalah kali pertama aku menjejakkan kaki ke Aquaria ni. Sebelum ni, ada sekali masa awal2 pembukaan Aquaria ni, aku ada dtg, tapi punyalah ramai manusia beratur beli tiket, maka niat aku terpaksa dilupakan. Aku ngn hubby dah tak tahu nak gi mana lagi ptg2 ujung mggu ni, so..tiba2 hubby terfikir utk ajak aku dan Alisha gi Aquaria ni. Bagi aku yg sememangnya cintakan binatang (yg terpilih saje ye) dan hidupan laut, maka aku rasa sungguh seronok dan teruja sekali! Bukan aku sahaja, tetapi Alisha pun turut gembira. Kali ni dia tak tido. Mgkn suka sgt tgk ikan2 berenang renang (sampaikan tangan dia asik dok nak tangkap je ikan2 kecik dr luar cermin). Tapi bila tang ikan besar dtg je kat depan muka dia, langsung dia tgk ke lain.

Ini masa lepas kitaorg tgk staff Aquaria bg ikan piranha makan. Nasib sempat tgk sebab waktu kitaorg masuk tu dlm kul 3.40pm.Sungguh gelojoh si piranha itu! Baru aku tahu, si piranha rupanya matanya tidak berapa nampak, kabur... tetapi deria baunya sgtlah kuat..Td masa kitaorg tgk, dia bg mkn ikan siakap. Amboi2...siakap tu beb! nasib piranha tu x mintak siakap 3 rasa.

Hubby ni gi amik gambar aku sampai ke lantai lak! Baru je aku nak tipu korang. Kengkonon kat jeti tepi pantai. Bg kawan2 ku orang johor, korang tahu tak mana letaknya pantai yg dlm background gmbr aku ni? Namanya kalau tak silap aku "Pantai Aur, Johor". Aku pun tak ingat katne.

Bagi mengelakkan Alisha tido, hubby pun keje mendukung dia, dari mula masuk sampailah keluar Aquaria. Nampaknya Alisha sungguh happy. Tapi tak sehappy bapanya..tengok senyuman tu.

Aku rasa masuk Aquaria tu sekejap je, tapi masa dah nak keluar tu, kitaorg tgk jam dah pukul 6. Tak sedar rupanya dah 2jam lebih kitaorang dlm tu. Patutlah masa dlm aquaria tu, hubby dok ckp kat aku..lapar..lapar...Apa tak laparnya. Kitaorg cuma mkn nasi lemak je sebelum kuar umah. So, apalagi! lepas kuar je aquaria, kitaorg terus serbu Kenny Rogers. Mula2 cadangnya nak mkn chicken chop kat restoran kwn hubby kat Kg.Pandan..tapi disebabkan lapar yg tokleh handle, maka apa yg ada depan mata je kitaorg sapu! Kuar2 je dr Aquaria, terus nmpk food court pastu kat area situ ada lak kenny rogers..mmg meleleh lah air liur. Tgk gmbr je dah kecur!


Aku dah makan sikit, baru teringat nak amik gmbr bg korang pun meleleh air liur sikit. Aku ngan hubby makan set yg sama cuma souce je lain. Air aku amik winter (strawberry+ice cream), hubby lak ice lemon tea. Pastu yg paling menerujakan ialah muffin cekelat yg sememangnya sedap hanya di kenny rogers! Aku suker!

Terima kasih pada hubby sebab bawa aku dan Alisha jalan2+mamam hari ini. Ur are marvellous DEAR!!! ;-)

Wednesday, December 2, 2009

Dia selesema cekgu!

3 minggu lepas, hubby dan aku dijangkiti demam+selesama+batuk. So, dengan tidak disangka2, si budak busyukkk Alisha pun turut sama merasa tempias ini. Ini adalah kali pertama Alisha kene demam selepas dia dilahirkan. Sebelum ni, alhamdullillah, dia tidak pernah demam ataupun selesema. Tapi, bila kitaorg satu rumah semua dijangkiti, maka Alisha pun turut sama cuma demamnya taklah begitu kuat.

Minggu lepas, demam dah ansur baik. Cuma selesema yg belum kurang. Nasib baik, MIL aku kerje kat Hospital. So, segala perubatan adalah free and easy. Alisha pun, nasib baiklah senang nak makan ubat. Lepas minum ubat, tak mahu minum air lak tuuu...berlagak sungguh!

Ubat selesema dan Ubat demam Alisha

Manja ummi sayang