Monday, October 3, 2011

Mak kretif taw! ;p

Saya sedang mengkreatifkan diri saya ;) sila lihat dibawah:

Pertama kali nak buat bunga stokin. Bahan-bahannya.


Kelopak bunga dah mula kelihatan. Bunga ni murah kosnya, tapi rumit sket nak buatnya berbanding bunga dip.


Mula buat kelopak bunga yang kedua.


Kotak hantaran ni aku beli dengan harga rm2 (kat perlis). pastu aku wrap dia dengan white wrapping yg ada texture. Pastu letak sket reben2. Aku suka hantaran yg agak simple dan modern sket. Tak suka yang crowded sgt kecuali request dr customer. Ini separa siap.
(abaikan bola badminton tu, Alisha cuba mengasah bakat ganti lee chong wei~)



Tadaaaaa!!! Bunga stokin yang dah siap. Bolehlah kan utk aku yg 1st time buat.

Sambung nnti. Aku tunjuk yang dah fully siap!






kerja keras

Jam dah tunjuk nak pagi dah, keje aku tak habis2 lagi...aduaiii~~untuk menambah pendapatan dirik sendirik, maka aku selalulah amik job-job freelance (akukan designer). Sebenarnya selalu gak lah kwn2 aku dan customer2 personal aku yang mintak buatkan job itu ini untuk company diaorg, tapi aku je yang selalunya malas nak amik sebab tak larat. Dulu masa zaman2 anak dara, memang jejak ribuan jugak aku amik job2 freelance, tp semenjak kahwin dan lagik2lah semenjak ada Alisha, aku memang tak sanggup dah nak amik job2 freelance. Kalau aku bangun tengah malam siapkan keje, Alisha nampak aku takde sebelah dia, gerenti dia menanges macam nak apa punyer. Macamnelah keje aku nak siap. Tapi, baru2 ni, aku terpanggil lak :) nak buat job2 freelance sebab aku dah mula fikirkan bayaran aku nak letak tinggi sikit (memandangkan kos zaman sekarang yg serba serbi naik tak pernah turun). Kalau customer setuju oklah, kalau customer tak setuju, hye2 bye2 la~~aku buat keje untuk customer yang sudi bayar harga yang aku tetapkan je (demand skrg okey! ;), maklumlah semanjak naik pangkat senior designer ;p)


Pukul berapa datuk harimau~~pukul 5:54 pg. Aku start buat kerja kul 4.00pg.bermakna dah 1jam++ aku wat keje. Pastu keje ni siap dalam kul 7pg. So, tokleh sambung tido, terus masak untuk Alisha pulak. Kat opis Zzzzzz~~~


Demi mencari sesuap nasi :p (cukup ke aku sesuap?)


En Hubby beli aiskrim, aku bedal je dalam peti ais. Bila tak tido malam, gerenti lapor. Yang ada dalam peti ais Aiskrim..so..kita bedal je okey! (En Hubby tokleh marah, aku kan ibu mengandung~~wee~~


Monday, September 19, 2011

SELAMAT HARI RAYA

Rasanya tak terlewat kot untuk aku nak ucap kepada semua ''SELAMAT HARI RAYA''. thn ni kitaorg satu keluarga raya di Perlis Indera Kayangan. ;) Gambar kat atas tu adalah gambar raye pertama waktu beraya di rumah saudara mara kat Perlis. Tersangatlah panas pada ketika itu.Fuhhh! berpeluh ketiak walaupun duk dlm umah jer~

Thursday, August 25, 2011

Singapore ~ Yuhuu!!!

Entry aku kali ni, aku nak cite pasal kitaorg satu family gi Singapore akhir bulan 7 aritu. Kali ni kitaorg gi bawak kereta memandangkan aku yang tak berapa sehat 100%. Aku gi ni pun pasal hubby dah bising2 sebab katanya dah lama tak jalan2. Almaklumlah, aku kan dah 3 bulan dok memerap kat umah. Aku rasa lah kan, waktu ni, kalau suami aku ajak aku gi keliling dunia pun aku tak mau. Aku lebih sukakan dok atas katil aku je, dah naik lekuk dah bantal ngan tilam kat umah mak aku tu. Demi kesiankan hubby aku dan Alisha, aku pun setuju lah bila hubby ajak gi Singapore walaupun hakikatnya aku masih lemah2 anggota badan dan kadang2 masih ada rasa nak muntah lagi. Sepanjang aku ke Singapore, sepanjang itulah aku kemam je gula2 (akukan preggy dan alahan teruk. Tekak rasa payau jer).

Kalau korang tgk gmbr aku nanti, mesti korang akan nmpk aku sentiasa dgn lolipop (kenapa lolipop?)...Sebab, lolipop lambat sket nak habis berbanding gula2 lain. Pastu aku asik berebut je lolipop dengan Alisha. Kalau mkn gula2 biasa, bolehlah aku mkn sorok2, tp disebabkan aku mkn lolipop, mmg dah tak boleh sembunyik lg. Hubby marah kat aku sebab aku mkn lolipop, Alisha pun dah kenal erti gula2. Kalau tak, tak pernah dia mkn gula2. Jom layan gmbr kitaorg ke Singapore (pergi blk ari jer sbb dekatkan jb-Singapore) :)


















P/s: Hari ni last keje, dah nak raye wey..blk kg, yabedabeduuuuuuu!!!!!!

Tuesday, August 9, 2011

sTroNg!!!

Yezzaaa!!!..alhamdullillah, setelah 3 bulan bercuti tanpa gaji kerana alahan mengandung aku yang agak memualkan, sekarang aku dah mula naik kerja dan memulakan rutin harian macam biasa :) Kalau tak sebelum ni, aduai melepek je lah atas katil. Apa yang aku tahu, uwerkkk! uwerkkk! uwerkkk! Sampai orang umah sebelah dan sebelah dan sebelah pun boleh dengar. Tak kira malam, siang, pagi, petang, subuh, magrib dan yang sewaktu dengannya, keje aku adalah muntah dan muntah! (dah tokleh panggil morning sickness dah, kene panggil everytime sickness) Naik pening pale mak aku jaga aku, baik2 orang tua tu bersabar, jadi tak sabar jadinya. Mana nak jaga anak aku lagi, mana nak buat tempahan masak lagi, jaga aku lagi..Sian mak..huhu

Masa bercuti aritu, aku memang 3 bulan tak kuar-kuar umah. Kesian Alisha, dia pun dah tak terurus, yang dia plak kemainlah nakal sungguh, makin aku cakap dalam perut ummi ada adik, makin dia henyaknyer perut aku. Ntah jeles ke ntah nak menunjukkan rasa kasihnyer pada adik dia (ye ke?) gasaklah Alisha..yang penting ko tak nangis, sudah. Tapi, Sekarang semuanya dah kembali normal ok! So, apalagi memandangkan sekarang bulan pose, raye pun dah nak dekat, makanya aku yang semakin STRONG ni memulakan misi aku untuk bershopping raye dan buatlah apa yang patut termasuklah membersihkan umah aku yang dah bersawang macam umah hantu. Sampai kawan aku kata, kalau open iklan rm5 sekali masuk umah hantu pun dah sesuwaiiiiii...=)


Monday, April 4, 2011

aksi terlampau

Kadang-kadang bila dok dlm kete lama sangat, boleh mendatangkan boring gak, lagik2lah time jammed! aduai. Aku yang mak orang ni pun bosan, inikan pulak alisha. Puas pusing sana, pusing sini, panjat sana, panjat sini, akhirnya aku yang dah memang letih memangku dia (alisha tak suka dok belakang sorang2, dia kata..atuttt {takut}...memanglah macam nak terseliuh semua urat. Kadang2 kalau aku malas, aku biar je dia main kat lantai kete tu..huhuhu. Lega sket peha aku ni. Dan bg mengisi masa lapang dlm kete, aku pun mengambil keputusan untuk merakam aksi2 terlampau kami berdua.








~aku yang berwajah baru~ harap2 berkekalanlah imej baru aku ni~amin~

Friday, March 11, 2011

cUbA, tRY, tESt!

ni flyer untuk keje aku, aku saje2 je try2 upload utk dapatkan coding html. Hurmm..so, malas nak delete then terus wat promosi skalik lah ni...;p. Sape2 tak paham, leh call aku k..daaa...~~




Monday, February 28, 2011

Bandung, Indonesia ;)

Hurmmm...dah berhabuk2 dah blog aku ni...huhu ;). Jom layan picture kitaorg gi bandung awal thn 2011 aritu..:) Permulaan thn baru yg baik! thanks hubby..