Wednesday, April 4, 2012

apa aku buat?

bulan ni aku memang:

BUSY KEJE
(keje menggunung mcm gunung everest)

BUSY JAGA ANAK
(terutama alisha yg suka mengacau+gigit+suapkan adik susu+suapkan apa yg dia mkn kat adik)

BUSY TAK TIDO MALAM
(sibuk mengepam+arfan tak breasfeed direct+nipple sakit)

BUSY ADIK AKU NAK KAWEN
(survey apa yang patut+hantaran+buat munge2=projek kreatif)

BUSY ULANG ALIK BALIK JOHOR
(mak aku kan jaga arfan utk sementara ni sebab nak hantar org kecik sgt lagi. ada perjanjian yang kami termetraikan antara aku dan mak aku~~~"ko kene selalu blk johor tau, tgk abah ko, tgk umah.sian abah ko..at least 2 minggu sekali) at least tuuu...tu yang aku tokleh tahan ;p

BUSY.............
(yang ni tokleh cakap sebab belum start, tp sedang pikirkannyer.nanti aku btahu kalau dah confirm ;p) surprise kan?


Pendek kata, trademark untuk bulan ni adalah BUSY. Sekian~~~



Tuesday, January 31, 2012

KENYANG


insyaalah, arfan dani akan sentiasa kenyang dengan zat zat yg mencukupi. Kali ni aku betul betul bertekad dengan harapan dapat menyusukan arfan dani dengan susu badan sehingga usianya 2 thn.amin....aku harap usaha aku attend class breasfeeding, risalah risalah dari hospital, suratkabar dan buku buku serta info dr internet dan juga rakan rakan akan membantu aku dari segi emosi, fizikal dan mental.

Friday, January 27, 2012

my hero!!!!!

Welcome to my hero Arfan Dani! tercapai gak hasrat hubby nak menimang baby boy.syukur alhamdulillah. Pengalaman bersalin kali ni, agak beza sket dgn yg 1st. Sebab, kali ni aku tak ingat tarikh akhir period, so main agak2 jer ler~ bahaya gak tak ingat tarikh ni, hampir tiap2 bulan aku scan nak menentukan usia kandungan, dan kali ni sakit nak bersalin tak rasa.sampaikan doktor suh aku gi pusat perubatan aku nak bersalin tu check up.tup-tup jln da bukak 2cm, amik ko!!! then 2 ari lps check pintu rahim, baru ada rasa sakit sikit2, dan hubby terus bwk gi PMC, smpi hospital, check jln lg, baru bukak 3cm,aku pikir maybe lambat lagi nak bersalin, tiba2 doktor suh aku masuk bilik bersalin, terkejut gak la aku sebab tak sakit kuat, doktor suh masuk bilik betsalin, tukar baju dan terus pecahkan ketuban...hah????? biar betik...bkali2 aku tnya doktor, saya x sakit ni.doktor selamba je ckp "jap lg sakit la tu"...pehhh! sakit kat umah kul 2pg, gi sepital kul 3pg, masuk labor room kul 4pg, bersalin kul 6.39pg.....hehehe, nasib pintu rahim aku jenis lembut dan cpt bukak, mcm tahu2 je doktor ni..kali ni da ada pengalaman sket, 2 kali teran, arfan dah kuar, doktor pun kelam kabut pakai sarung tangan. Apapun, terima kasih pada Prof.Nazri dan seluruh warga Putra Medical Centre. Ini kali kedua aku bersalin kat sini dan aku sangat puashati dengan layanan dan infrastruktur disini. Dan sekarang aku sedang berpantang ;-)

Monday, October 3, 2011

Mak kretif taw! ;p

Saya sedang mengkreatifkan diri saya ;) sila lihat dibawah:

Pertama kali nak buat bunga stokin. Bahan-bahannya.


Kelopak bunga dah mula kelihatan. Bunga ni murah kosnya, tapi rumit sket nak buatnya berbanding bunga dip.


Mula buat kelopak bunga yang kedua.


Kotak hantaran ni aku beli dengan harga rm2 (kat perlis). pastu aku wrap dia dengan white wrapping yg ada texture. Pastu letak sket reben2. Aku suka hantaran yg agak simple dan modern sket. Tak suka yang crowded sgt kecuali request dr customer. Ini separa siap.
(abaikan bola badminton tu, Alisha cuba mengasah bakat ganti lee chong wei~)



Tadaaaaa!!! Bunga stokin yang dah siap. Bolehlah kan utk aku yg 1st time buat.

Sambung nnti. Aku tunjuk yang dah fully siap!






kerja keras

Jam dah tunjuk nak pagi dah, keje aku tak habis2 lagi...aduaiii~~untuk menambah pendapatan dirik sendirik, maka aku selalulah amik job-job freelance (akukan designer). Sebenarnya selalu gak lah kwn2 aku dan customer2 personal aku yang mintak buatkan job itu ini untuk company diaorg, tapi aku je yang selalunya malas nak amik sebab tak larat. Dulu masa zaman2 anak dara, memang jejak ribuan jugak aku amik job2 freelance, tp semenjak kahwin dan lagik2lah semenjak ada Alisha, aku memang tak sanggup dah nak amik job2 freelance. Kalau aku bangun tengah malam siapkan keje, Alisha nampak aku takde sebelah dia, gerenti dia menanges macam nak apa punyer. Macamnelah keje aku nak siap. Tapi, baru2 ni, aku terpanggil lak :) nak buat job2 freelance sebab aku dah mula fikirkan bayaran aku nak letak tinggi sikit (memandangkan kos zaman sekarang yg serba serbi naik tak pernah turun). Kalau customer setuju oklah, kalau customer tak setuju, hye2 bye2 la~~aku buat keje untuk customer yang sudi bayar harga yang aku tetapkan je (demand skrg okey! ;), maklumlah semanjak naik pangkat senior designer ;p)


Pukul berapa datuk harimau~~pukul 5:54 pg. Aku start buat kerja kul 4.00pg.bermakna dah 1jam++ aku wat keje. Pastu keje ni siap dalam kul 7pg. So, tokleh sambung tido, terus masak untuk Alisha pulak. Kat opis Zzzzzz~~~


Demi mencari sesuap nasi :p (cukup ke aku sesuap?)


En Hubby beli aiskrim, aku bedal je dalam peti ais. Bila tak tido malam, gerenti lapor. Yang ada dalam peti ais Aiskrim..so..kita bedal je okey! (En Hubby tokleh marah, aku kan ibu mengandung~~wee~~


Monday, September 19, 2011

SELAMAT HARI RAYA

Rasanya tak terlewat kot untuk aku nak ucap kepada semua ''SELAMAT HARI RAYA''. thn ni kitaorg satu keluarga raya di Perlis Indera Kayangan. ;) Gambar kat atas tu adalah gambar raye pertama waktu beraya di rumah saudara mara kat Perlis. Tersangatlah panas pada ketika itu.Fuhhh! berpeluh ketiak walaupun duk dlm umah jer~