Wednesday, March 17, 2010

Alisha dah bersunat!!!

Alhamdulillah.....setelah sekian lamanya, akhirnya alisha telah aku hantar ke klinik untuk disunatkan. Itupun setelah umurnya jejak 10bulan. Selama ni bukan aku ngan hubby tak mahu bawa dia bersunat, tapi disebabkan oleh macam2 hal yang tidak boleh dielakkan ditambah dengan penyakit pelupa aku suami isteri.....:P..Sian alisha...huhu

12hb mac 2010, jam 10.40pagi hari jumaat, Doktor Zulaila telah sunatkan Alisha di kliniknya Klinik Seri Indah (klinik yang aku gi cek setiap bulan semasa mengandung dan juga klinik Alisha inject setiap bulan). Akibat menunggu turn yg agak lama, maka alisha dah tertido kat tempat menunggu. Dan dengan sebab itu jugaklah, waktu Dr. Zu sunatkan dia, dia langsung tak terjaga...puas aku ngan hubby sebelum tu kejutkan dia..tapi memang dia setia dengan tidurnya...huhu. Akhirnya, doktor kata..kita sunat saje! Takut jugak aku, kang dia terperanjat dan membuat tindakan drastik sewaktu disunatkan..tapi...syukur alhamdulillah..dia cuma celik mata sekejap, tak menangis langsung then sambung semula tido..hampehhh! Sayang Alisha!!

1 comment:

  1. seram aku dengar sunat..Waaa! bila darwisy nak sunat ni..

    ReplyDelete