Tuesday, August 9, 2011

sTroNg!!!

Yezzaaa!!!..alhamdullillah, setelah 3 bulan bercuti tanpa gaji kerana alahan mengandung aku yang agak memualkan, sekarang aku dah mula naik kerja dan memulakan rutin harian macam biasa :) Kalau tak sebelum ni, aduai melepek je lah atas katil. Apa yang aku tahu, uwerkkk! uwerkkk! uwerkkk! Sampai orang umah sebelah dan sebelah dan sebelah pun boleh dengar. Tak kira malam, siang, pagi, petang, subuh, magrib dan yang sewaktu dengannya, keje aku adalah muntah dan muntah! (dah tokleh panggil morning sickness dah, kene panggil everytime sickness) Naik pening pale mak aku jaga aku, baik2 orang tua tu bersabar, jadi tak sabar jadinya. Mana nak jaga anak aku lagi, mana nak buat tempahan masak lagi, jaga aku lagi..Sian mak..huhu

Masa bercuti aritu, aku memang 3 bulan tak kuar-kuar umah. Kesian Alisha, dia pun dah tak terurus, yang dia plak kemainlah nakal sungguh, makin aku cakap dalam perut ummi ada adik, makin dia henyaknyer perut aku. Ntah jeles ke ntah nak menunjukkan rasa kasihnyer pada adik dia (ye ke?) gasaklah Alisha..yang penting ko tak nangis, sudah. Tapi, Sekarang semuanya dah kembali normal ok! So, apalagi memandangkan sekarang bulan pose, raye pun dah nak dekat, makanya aku yang semakin STRONG ni memulakan misi aku untuk bershopping raye dan buatlah apa yang patut termasuklah membersihkan umah aku yang dah bersawang macam umah hantu. Sampai kawan aku kata, kalau open iklan rm5 sekali masuk umah hantu pun dah sesuwaiiiiii...=)


No comments:

Post a Comment