Sunday, February 21, 2010

Macam Biasa Lah...

Hujung Minggu yang lepas ni, aku ngan hubby dah tak tahu nak kemana. So, ahad tu kitaorg mengambil kesempatan untuk mencari stroller baru untuk alisha. Sebab stroller dia yg lama tu dah agak bergegar dan kurang mampan dek selalu diangkut kesana kesini. Mula2 carik kat kedai manjaku kat area seri gombak, tp takde yg aku berkenan...so try lak cari kat kedai manjaku area Wangsa Walk..hehehhehe.Saje je sambl menyelam minum air. So tengok punya tengok, maka jumpalah yg berkenan dihati. Hitam Merah. Harap2 Stroller ni dapatlah digunakan sampai alisha besar. So, takyah lah membazir duit lagi. Tapi stroller yg lama tu pun, ada orang hadiah kan..iaitu sepupu aku, so selamat duit kitaorg takyah beli.Ngeh..ngeh..

Disebabkan kedai manjaku ni dekat dengan Wangsa Walk, makanya kitaorg pun mengambil kesempatan ini untuk merayap2. Tapi bila dah merayap lama2, makanya perut pun mula berkeroncong...apalagi!! Jom makan. So, sekarang misi kitaorg mencari kedai makan. Carik punya carik akhirnya kami berdua bersetuju untuk makan direstoran BBQ CHICKEN. Restoran ni adalah restoran Korea. Bila dah try mkn, memang tidak menghampakan kami..sungguh sedap dan berkhasiat sekali bagi aku yg berdiet..ye ke aku diet??? tepuk dada aku tanyelah selere aku sendiri yerkkk...:P

Alisha wif new Stroller

at GNC Shop, Wangsa Walk

Thumbs Up!!

Kochi

Jerk Bbq

Muka tension Alisha waktu kitaorg makan



Thanks Hubby!!!

2 comments:

  1. dh besorkan alisha tu..hehe..bleh dh beradik..amoi dh ada baby baru lg..

    ReplyDelete
  2. manade besar nini. Baru 10bulan. Nnti2 dulu la beradik tu..tggu alisha pandai jaga adik dulu baru leh request ye alisha...eekeke. Aah..aku taw gak amoi dpt baby baru tp gurl ke boy ek?

    ReplyDelete