Sunday, December 6, 2009

AQUARIA,KLCC+KENNY ROGERS

Sebenarnya ini adalah kali pertama aku menjejakkan kaki ke Aquaria ni. Sebelum ni, ada sekali masa awal2 pembukaan Aquaria ni, aku ada dtg, tapi punyalah ramai manusia beratur beli tiket, maka niat aku terpaksa dilupakan. Aku ngn hubby dah tak tahu nak gi mana lagi ptg2 ujung mggu ni, so..tiba2 hubby terfikir utk ajak aku dan Alisha gi Aquaria ni. Bagi aku yg sememangnya cintakan binatang (yg terpilih saje ye) dan hidupan laut, maka aku rasa sungguh seronok dan teruja sekali! Bukan aku sahaja, tetapi Alisha pun turut gembira. Kali ni dia tak tido. Mgkn suka sgt tgk ikan2 berenang renang (sampaikan tangan dia asik dok nak tangkap je ikan2 kecik dr luar cermin). Tapi bila tang ikan besar dtg je kat depan muka dia, langsung dia tgk ke lain.

Ini masa lepas kitaorg tgk staff Aquaria bg ikan piranha makan. Nasib sempat tgk sebab waktu kitaorg masuk tu dlm kul 3.40pm.Sungguh gelojoh si piranha itu! Baru aku tahu, si piranha rupanya matanya tidak berapa nampak, kabur... tetapi deria baunya sgtlah kuat..Td masa kitaorg tgk, dia bg mkn ikan siakap. Amboi2...siakap tu beb! nasib piranha tu x mintak siakap 3 rasa.

Hubby ni gi amik gambar aku sampai ke lantai lak! Baru je aku nak tipu korang. Kengkonon kat jeti tepi pantai. Bg kawan2 ku orang johor, korang tahu tak mana letaknya pantai yg dlm background gmbr aku ni? Namanya kalau tak silap aku "Pantai Aur, Johor". Aku pun tak ingat katne.

Bagi mengelakkan Alisha tido, hubby pun keje mendukung dia, dari mula masuk sampailah keluar Aquaria. Nampaknya Alisha sungguh happy. Tapi tak sehappy bapanya..tengok senyuman tu.

Aku rasa masuk Aquaria tu sekejap je, tapi masa dah nak keluar tu, kitaorg tgk jam dah pukul 6. Tak sedar rupanya dah 2jam lebih kitaorang dlm tu. Patutlah masa dlm aquaria tu, hubby dok ckp kat aku..lapar..lapar...Apa tak laparnya. Kitaorg cuma mkn nasi lemak je sebelum kuar umah. So, apalagi! lepas kuar je aquaria, kitaorg terus serbu Kenny Rogers. Mula2 cadangnya nak mkn chicken chop kat restoran kwn hubby kat Kg.Pandan..tapi disebabkan lapar yg tokleh handle, maka apa yg ada depan mata je kitaorg sapu! Kuar2 je dr Aquaria, terus nmpk food court pastu kat area situ ada lak kenny rogers..mmg meleleh lah air liur. Tgk gmbr je dah kecur!


Aku dah makan sikit, baru teringat nak amik gmbr bg korang pun meleleh air liur sikit. Aku ngan hubby makan set yg sama cuma souce je lain. Air aku amik winter (strawberry+ice cream), hubby lak ice lemon tea. Pastu yg paling menerujakan ialah muffin cekelat yg sememangnya sedap hanya di kenny rogers! Aku suker!

Terima kasih pada hubby sebab bawa aku dan Alisha jalan2+mamam hari ini. Ur are marvellous DEAR!!! ;-)

No comments:

Post a Comment