Sunday, December 13, 2009

KENDURI & KWN BARU ALISHA

Minggu ni, kitaorang takde gi berjalan mana2, hanya menghadiri beberapa kenduri rumah kawan2 terdekat. Semalam kitaorg gi makan kenduri di rumah staff merangkap kawan hubby iaitu 'ayob' atau Nama penuhnya Fairul Reymi (aku pun x pasti spelling ni betul atau x). Cuaca sungguhlah panas dan memeluhkan badan. Disebabkan Ayob adalah kwn hubby, so pagi2 lagi hubby dah keluar ke rumah ayob untuk 'tolong' apa yg patut. P/s: "tolong ke borak pa?"....maka dengan itu, aku dan Alisha terpaksa pergi makan kenduri agak lewat sebab menyiapkan makan, minum Alisha. Lagipun, sebelum kuar ke mana2, aku mesti tidokan Alisha dulu untuk 2 atau 3 jam. Kalau tak, Alisha tak berapa selesa untuk dibawa ke hulu ke hilir. Dalam kul 2ptg, hubby telefon aku suh tumpang kwn dia "Rose dan Nazmi" yg kebetulan akan melalui rumah kitaorg dulu sebelum sampai ke rumah ayob. Aku pun okey saje. So, dlm kul 3.30ptg, rose pun sampai dan pick up kitaorg. Anyway, thanks ye rose n nazmi...Sampai je depan umah ayob, hubby dah tggu aku ngan Alisha, hubby jaga Alisha dan aku pun gi lah melantak dengan perasaan malu2 kucing..

Tunggu hubby lama sangat. Alisha dah boring dah. Aku ajak amik gmbr, dia buat donno jerk!

Ni masa dah bawah khemah. Tgk tu muka Alisha masam je.

Petang ahad tadi, kitaorg tak ke mana pun, hanya bersantai di rumah sambil menonton vcd 'TAXI'..best gak cite tu. Sebenarnya, paginya tu, aku ngan hubby without Alisha gi kenduri kahwin kawan sekolah hubby aku 'Omar'. Aku tak kenal sgt la. Dtg untuk makan jer. Dan balik dari kenduri tu terus relax je kat umah. Dalam kul 5.30 ptg, hubby ajak ronda2. Masa ronda2 tu, kitaorg adalah singgah kedai kat area seri gombak. Saje..cuci2 mata. Takde apa yg kitaorg beli cuma hubby belikan Alisha kawan baru!

Patung bantal 'Frog'

Malam pertama bersama teman baru.

Suka betul Alisha dengan frog ni. Masa kat kedai, lum sempat bayar lagi, dah gigit2 plastik. Aku bukak je plastik, terus dia peluk2 cium2nya frog tu sambil jerit2. Dia suka sgt mungkin sebab materialnya lembut. Mula beli sampailah nak tido, di bawak si frog tu..esok lusa tak tahulah apa nasib si frog tu. Mesti dah kene campak kat bawah katil kot. Dah boring!


p/s: Alisha ni kalau ada mainan baru, kemain tak sabar2 lagi dia nak main. 24jam asik telek2 mainan tu. Tapi bila dah 3 4 hari..langsung pandang pun taknak!

No comments:

Post a Comment