Tuesday, October 27, 2009

balik kampung lagi.

Sedar tak sedar, aku dah kat KL sekarang. Aku balik dari kampung, isnin petang. Kitaorang balik Johor Jumaat malam pukul 10 lebih dan sampai ke Johor dalam kul 2pg. Sampai je umah, hubby terus tido sebab terlalu mengantuk. Apa taknya, balik kerja, mandi2, makan then terus drive ke Johor. Sepanjang perjalanan, Alisha tido je, aku lak..layan dvd konsert wings yg hubby pasang dlm kete. Sambil tu, jadi KuPilot hubby aku. Takut hubby ngantuk kalau takde org layan dia borak.

Balik kampung kali ni, aku ngan hubby banyak duk umah. Saje jer. Selalunya, kitaorang akan berjalan dan meronda kesana kesini. Tapi kali ni kitaorang cuma pergi makan kat RESTORAN HASSAN ONG. Restoran ni merupakan restoran favorite hubby. Memang dah dari KL lagi, hubby dah bgtahu nanti dia nak mkn kat hassan ong. Restoran ni memang terkenal dengan keenakkan masakannya yg ada unsur2 chinese terutama pada masakan berbentuk seafood. Kitaorang mkn kat sini ari sabtu malam sebab siang sabtu tu, kitaorg gi kenduri kahwin..sape ntah! mak aku kenal lah..aku tak kenal sgt. Ikut je lah mak aku.

Abah aku dan adik aku yg bongsu

Tengah tunggu roti canai. Aku tak mkn..diet!


Ahad pagi tu, lepas mandikan Alisha, bagi dia mamam, aku pun terus tidokan dia. Sebabnya..aku nak tinggalkan dia ngan mak aku ngan hubby. Aku nak gi...........................................CABUT GIGI!!!! wahhh..berdebar2 sungguh dada aku. Aku ni memang dari kecik lagi, memang takut sungguh dengan Doktor gigi. Kalau doktor, yg inject2 tu aku tak takut sgt. Ketakutan aku ni memang tahap cipan (lebih takut dari aku nak bersalinkan Alisha dulu). Jadi, aku tinggalkan Alisha agar tiada gangguan semasa gigi aku dicabut. Aku gi ngan abah aku. Masa aku masuk bilik doktor tu, doktor tu suruh aku baring. Aku pun baringlah. Lepas tu dia suh aku kumur..dan dia pun mulalah inject aku. Ermmm..taklah sakit sgt. Lepas inject tu, dia suh mkn ubat. Tak lama lepas tu, aku dah rasa bibir aku mcm bibir kak Nita (Anita sarawak penyanyi pujaan mak aku, aku takkkk...) tak lama lepas tu, aku nampak doktor tu pun amik bende mcm playar . Aku tak tahulah apa nama dia sebenar..jantung aku semakin dup dap dup dap...bila doktor masuk je playar kat mulut aku, dan aku pun mula rasa playar tu cengkam gigi aku..aku pun terussss....



Aku: Arghhhhh!!!!!...

Doc: Hah??!! why?? (sambil tarik cepat2 playar dr dalam mulut aku)

Aku: Doktor, saya rasa..saya rasa...(konon aku nak beritahu doc yg ubat bius tu tak meresap)

Doc: Adikkk...rassssaaa adddaaa..sakkketttt..taddaaa...(kuar dah slang india dia..)

Aku: Ye ke...

Doc: U takkkkuutttt...jgn bg i takkkuuutttt....Dudddukkkk diamm-diamm..

setangah minit lepas tu...

Doc: Wokeyyyy...Sudahhh!

Aku: Hah!!??! (Wahhh..tak sakittttt...banggenyer aku..lalalalalal)


Aku kan gi ngan abah aku kan..sebenarnya abah aku nak ajak aku memilih sesuatu untuk dia bg pada cucu kesayangan dia sekali..pe dier ek??............................



'

'

'

'

'

'

'

'

'

'

'

'

'

'

'

'

'

'

'

'

'

'

'

'

'

'






Wednesday, October 21, 2009

First Mamammmm...



Puri Pisang untuk Alisha Sayang.


Hari ni, hari pertama Alisha mamam. Menu Alisha untuk hari pertama ni ialah PURI PISANG + SUSU BADANKU. Bermula dari hari ini, bila bangun pagi jer, aku akan siapkan makanan untuk Alisha dulu, then mandikan dia, dan baru bagi dia mamam. Pertama kali aku suapkan dia makan, bukan main lain macam lagi muka dia. Tapi bila dah 2 3 kali suap, dia bukan main tak sabar2 lagi, sampai habis tangan aku semua dia capai. Lambat je aku suap, dia masukkan kain lap mulut dia...klakar betullah ALisha ni. Untuk permulaan ni, aku ingat nak bagi dia makanan berbentuk puri buah-buahan dulu, dah 2 3 minggu baru try bagi bubur nasi yg di blend.



Tuesday, October 20, 2009

OPEN HOUSE

Minggu yang baru lepas ni aku ngan hubby ngan Alisha betul-betul tak larat dah nak gi open house. Banyak sungguh! Makanan pun jangan cakaplah...nasiblah perut aku ada satu, hubby pun ada satu, kalau tak, aku dah tumpang sumbat separuh makanan kat perut hubby. Alisha lak ada yang sampai tertido-tido gi open house. Maaflah yer sebab aku baru nak upload beberapa picture masa aku gi open house walaupun raye dah habis. Jum kita layannnnn...zasss!

Aksi Alisha pakai baju kurung.
(Dulukan aku pernah janji ngan korang nak tunjukkan pict Alisha pakai baju kurung. Ni lah dia!)

Beberapa picture masa aku gi open house ahad aritu. Ini gambar sebelum pergi, semasa pergi dan selepas pergi. (kalu korang perasan, ada gmbr sorang lelaki pakai baju hijau cerah sambil mulut ternganga-itulah dia Prof. Dr. Nazri yg sambut Alisha masa aku bersalin)

Balik dari open house, aku ajak hubby gi kedai manjaku (kedai jual barangan baby). Aku beli botol susu baru untuk Alisha. Aku beli yg betul2 besar 330ml...hahahhaha! biar Alisha minum manyak-manyak. Malas nak beli kecik2. Lagipun yg kecik Alisha dah ada. kadang2 tak cukup, tu beli yg besar. Botol Avent ni leh tahan sampai setahun, so tak rugi beli besar2 siap2. Yg lagi satu tu, hubby beli mainan untuk ALisha. Kalu korang nak tahu, ALisha suka main plastik sebab bunyi dia bising, masa kat kedai tu pun, ALisha amik mainan tu sebab disebalik kepingan kain2 tu, ada bunyi plastik dalam dia...chumellllll!!

Friday, October 16, 2009

..dan akhirnya..

Hari ni, akhirnya aku dan hubby menemui jalan penyelesaian samada nak balik johor malam ni atau postpone minggu depan...dan keputusannya adalah balik johor MINGGU DEPANNNNN.. sebenarnya, rancangan kitaorang dah cukup baek dah! minggu ni, minggu last raye nak balik johor. Dah call dah mak aku semua bgtahu nak balik..tapi tiba-tiba 2 3 hari lepas, hubby dapat banyak sangat undangan majlis rumah terbuka. Nak ikutkan hati malas nak pergi, tapi kebanyakkannya plak yg jemput kali ni adalah dikalangan orang-orang yang dikatakan agak penting dan telah memberi banyak jasa kepada kami..kuikuikuikui..betullah!

Salah sorang yang mengundang kami sekeluarga ke rumah terbuka ialah Prof.Dr.Nazri (doktor yang sambut Alisha masa aku bersalin) Penting tak?? pentingkan...kalau tak dtg, ada gak anak no.2 hubby terpaksa sambut sendiri. Yang kedua, En. Zainuri (kwn hubby aku yg banyak tolong suami aku dalam hal-hal renovation kedai spec mata suami aku dulu dan juga segala kerja-kerja yg berkaitan dlm bidang kontraktor)Penting tak?? pentingkan...kalau tak dtg, maunyer dia naikkan harga simen. Yang ke-3, Kak Ani (akak pen.peg.pembantu tadbir yg selalu push payment untuk suami aku kat bos JPS bila suami aku minta tlg) Penting tak?? pentingkan..kalau tak dtg, jwbnyer bertahun2 lah nunggu duit tak masuk2 akaun. Yang ke-4, AJK tmn. gombak ria (taman umah kitaorang)punnnn nak gak wat 'open taman'..Penting tak?? pentingkan...kalau tak gi, nnti dikatakan kera sumbang, takpun katak bwh tempurung. Dan yg lain-lain tu adalah beberapa orang client suami aku yg selalu bg job kat company kitaorng..Lagiklah penting!! kalau tak dtg, maunyer terbang semua $$$$....huhuhuhu. Nak makan apa kitaorng. Pasir pun dah mahal skrg ni..

Maka, dengan ini terpaksalah kami menggagahkan perut ini untuk disumbat! (walaupun dalam hati mmg suker bebenor dpt mkn manyak2 sebab hobi aku skrg Makan). Tapi, nasiblah mak abah aku paham dan diaorg pun tak kisah sangat. So, minggu depanlah yer mak abah kita jumpa. (aku tahu..mak aku bukan nak jumpa aku sangat..huhu..tapi nak jumpa cucu dia je yg lebeh..sebab masa aku call bgtahu tak jadi balik, mak aku leh kata "takpelah, minggu depan pun ok..sian Alisha" apa motif mak aku ckp sian Alisha tu?? hah..mesti dia sian Alisha sebab terpaksa jumpa dia minggu depan..eleh! aku kan anak mak aku..mesti aku tahu mana jantan, mana betina..yang didepan itulah itik betina, dan belakang itulah itik jantan)

Tuesday, October 13, 2009

Geram sungguh aku!

Zzzzzzzz....

Hubby: Ma!!..cuba mama tengok ni!..habissss muka Alisha...

Aku: Hahh!!..pe dier??? (membingkas bangun dari tido)

(Budak busyukk tercenganggg + terpinga-pinga + sambil main towel muka sendiri)
Alisha memang hari-hari bangun pepagi seawal 6pagi. Pastu dok main je apa yg dekat ngan dia. Dulu rambut aku jadi mangsa..

Aku: Aduhaiiii...ni lah yang tak suka ni..benci tul lah!!!

(Dalam hati rasa marah yang amat, rasa macam nak marah sape pun tak tahulah..yg penting marah!-takkan nak marah nyamuk lak)

Aku: Ishhh!!..takkan dah pakai ubat nyamuk pun masih ada nyamuk lagi??!!

Hubby: Ni mesti mama tak tengok ubat nyamuk tu dah habis ke belum??aduh..mama ni..

Hah?!...alamak (dalam hati aku)
Cecepat aku tengok..

Aku: A'ah la pa..dah abis..lupa lah nak tengok..

Hubby: Tu lah mama........salah sendirikkkk.

Geramnya dengan diri sendiri nih..aduhai!!!!!
(dalam hati aku, takkanlah nak cakap ngan hubby lak)

Sian betul dengan Alisha. Habis semua muka dia, tangan dan kepala kene gigit nyamuk. Apa yang aku risau ialah takut nyamuk aedes. Baru je 2 ari lepas, ada orang datang 'fogging' area taman ni sebab kat area umah aku ni ada budak kene denggi. Risau sungguh aku. Harap-harap Alisha tak kenelah. Aminnn...

Nyamuk ni, ada masa..kadang-kadang ada, kadang-kadang takde. Tapi, bilik aku sentiasa ada je ubat nyamuk liquid tu, takut-takut ada banyak nyamuk. Yang aku heran sangat, aku ngan hubby tak kena geget pun, Alisha je yang kene..mungkin baby ni ada bau kot. Mak mertua aku kata kulit baby lembut, sebab tu nyamuk suka geget. Bila aku tengok je muka Alisha, sian sangat dan sepanjang hari aku rasa macam takde mood jer...rasa macam tak jaga Alisha betul-betul. Menyesal sangat! aku bayangkan, masa nyamuk tu tengah geget dia tu, mesti dia tengah tido, pastu tak selesa gatal, tapi nak cakap tak tahu...Alisha plak, kalau ada rasa gatal kat mana-mana, habis satu muka dia, dia gosok macam nak apa....huhuhu..

Kalau korang tengok live, merah-merah semuanya tempat yg kene geget tu.

Inilah dia, ubat nyamuk yang sepatutnya bertanggungjawab melindungi kitaorang semua. Tapi tak menjalankan tugasnya dengan baik sebab HABIS cepat sangat!

Hubby dah beli 'Refill' yang baru.

Lepas dari kejadian hari alisha digeget banyak nyamuk..sekarang ni, bila je aku nampak nyamuk, sampai keliang lahad nyamuk tu aku carik! bila dah dapat, memang aku lenyek2 nyamuk tu sampai nyamuk lain tengok pun gerunnnn...belum sempat masuk bilik aku dah terkenceng2...JAGA KO NYAMUK!!

Wednesday, October 7, 2009

aku

Aku cuba menjadi yang terbaik. Dan untuk menjadi yang terbaik, adakalanya memerlukan pengorbanan. Dalam melakukan yang terbaik, adakalanya juga aku akan tersasar atau tergelincir dari landasan. Maka dengan itu, maafkan aku.

Aku adalah bukan nama sebenarku. Dan aku juga adalah bukan kamu. Maka, tidak sekali-kali aku menjadi kamu. Cuma, apa yang boleh hanya berdamping denganmu. Jika itu sangat mengganggumu, adalah lebih baik aku menjauhkan diri darimu.

Aku ada perasaan yang aku sendiri kurang pasti. Samada terus untuk menyendiri atau cuba untuk disembunyi atau juga hanya biarkan ia berlalu pergi tanpa perlu aku halangi. Yang pasti, aku masih disini bersendiri.

Aku cuba untuk meluahkan, tapi sukar untuk difahamkan. dan aku redha atas apa yang telah engkau berikan...perjalanan harus diteruskan dan biar masa akan menentukan...

Tuesday, October 6, 2009

terlungkup..terlentang..terlungkup...terlentang..

Dah..dah...dah....dia buat dah!
Penat aku terlentangkan dia..dia terbalik lagi! terlentangkan lagi...dia terbalik lagi! Satu hari kurang sekali jer lagi nak dekat 200 kali aku dok terlentangkan dia balik. Bila lama-lama dia meniarap, dia akan letih. Bila dah letih, jerit satu taman! So, aku pun terlentangkanlah semula...eh! eh!. terbalik semula..."Alisha... awak ingat ummi ni takde keje lain ker?"