Tuesday, October 27, 2009

balik kampung lagi.

Sedar tak sedar, aku dah kat KL sekarang. Aku balik dari kampung, isnin petang. Kitaorang balik Johor Jumaat malam pukul 10 lebih dan sampai ke Johor dalam kul 2pg. Sampai je umah, hubby terus tido sebab terlalu mengantuk. Apa taknya, balik kerja, mandi2, makan then terus drive ke Johor. Sepanjang perjalanan, Alisha tido je, aku lak..layan dvd konsert wings yg hubby pasang dlm kete. Sambil tu, jadi KuPilot hubby aku. Takut hubby ngantuk kalau takde org layan dia borak.

Balik kampung kali ni, aku ngan hubby banyak duk umah. Saje jer. Selalunya, kitaorang akan berjalan dan meronda kesana kesini. Tapi kali ni kitaorang cuma pergi makan kat RESTORAN HASSAN ONG. Restoran ni merupakan restoran favorite hubby. Memang dah dari KL lagi, hubby dah bgtahu nanti dia nak mkn kat hassan ong. Restoran ni memang terkenal dengan keenakkan masakannya yg ada unsur2 chinese terutama pada masakan berbentuk seafood. Kitaorang mkn kat sini ari sabtu malam sebab siang sabtu tu, kitaorg gi kenduri kahwin..sape ntah! mak aku kenal lah..aku tak kenal sgt. Ikut je lah mak aku.

Abah aku dan adik aku yg bongsu

Tengah tunggu roti canai. Aku tak mkn..diet!


Ahad pagi tu, lepas mandikan Alisha, bagi dia mamam, aku pun terus tidokan dia. Sebabnya..aku nak tinggalkan dia ngan mak aku ngan hubby. Aku nak gi...........................................CABUT GIGI!!!! wahhh..berdebar2 sungguh dada aku. Aku ni memang dari kecik lagi, memang takut sungguh dengan Doktor gigi. Kalau doktor, yg inject2 tu aku tak takut sgt. Ketakutan aku ni memang tahap cipan (lebih takut dari aku nak bersalinkan Alisha dulu). Jadi, aku tinggalkan Alisha agar tiada gangguan semasa gigi aku dicabut. Aku gi ngan abah aku. Masa aku masuk bilik doktor tu, doktor tu suruh aku baring. Aku pun baringlah. Lepas tu dia suh aku kumur..dan dia pun mulalah inject aku. Ermmm..taklah sakit sgt. Lepas inject tu, dia suh mkn ubat. Tak lama lepas tu, aku dah rasa bibir aku mcm bibir kak Nita (Anita sarawak penyanyi pujaan mak aku, aku takkkk...) tak lama lepas tu, aku nampak doktor tu pun amik bende mcm playar . Aku tak tahulah apa nama dia sebenar..jantung aku semakin dup dap dup dap...bila doktor masuk je playar kat mulut aku, dan aku pun mula rasa playar tu cengkam gigi aku..aku pun terussss....



Aku: Arghhhhh!!!!!...

Doc: Hah??!! why?? (sambil tarik cepat2 playar dr dalam mulut aku)

Aku: Doktor, saya rasa..saya rasa...(konon aku nak beritahu doc yg ubat bius tu tak meresap)

Doc: Adikkk...rassssaaa adddaaa..sakkketttt..taddaaa...(kuar dah slang india dia..)

Aku: Ye ke...

Doc: U takkkkuutttt...jgn bg i takkkuuutttt....Dudddukkkk diamm-diamm..

setangah minit lepas tu...

Doc: Wokeyyyy...Sudahhh!

Aku: Hah!!??! (Wahhh..tak sakittttt...banggenyer aku..lalalalalal)


Aku kan gi ngan abah aku kan..sebenarnya abah aku nak ajak aku memilih sesuatu untuk dia bg pada cucu kesayangan dia sekali..pe dier ek??............................



'

'

'

'

'

'

'

'

'

'

'

'

'

'

'

'

'

'

'

'

'

'

'

'

'

'






1 comment:

  1. best2..nasib baik anakku lelaki..
    babe..kira sekarang ko "ronggak" ler..xoxo!
    *larikkkkkkkkk

    ReplyDelete