Thursday, September 17, 2009

ANDA DI BURU!!!

Perhatian!!

Perhatian!!

Kepada sesiapa yang menjumpai gadis ini, hendaklah terus menghubungi saya. Gadis ini merupakan buruan yang kami cari selama ini kerana mengeruhkan imej blogger mummymithali dan suaminya yang dikenali sebagai seorang yang amat cantik..menarik..tertarik..ku memang debomm!! (kuang..kuang..kuangg). Gadis ini juga telah cuba meng'super impose'kan gambar kenang-kenangan blogger mummymithali sehingga mengganggu kehidupan harian si blogger suami isteri akibat ditertawakan masyarakat sekeliling termasuklah keluarga belah mentua masing-masing. (gambar-gambar itu boleh dilihat di post yang sebelumnya..). Hal ini menyebabkan si blogger suami isteri menjadi tidak keruan, makan tak lalu, tidur tak lena, mandi tak basah, makan kadang-kadang je kenyang, kadang-kadang tak perasan nasi tambah 3 kali dek tekanan kerje-kerje si wanted itu! Bukan itu sahaja, malahan suami si blogger ini juga dikatakan menjadi trauma setiap kali melihat gambar2 zaman 20an-70an. Ini menambahkan masalah kepada kepada si blogger setiap kali menonton tv cite2 berunsur diatas yg sememangnya menjadi kegemaran si blogger mummymithali kerana terpaksa menutup tv.Oleh hal yang demikian, kami merayu pada sesiapa yang menjumpai gadis ini, untuk memberitahu kami melalui laman web frendster, facebook atau tagged. Si pemberi maklumat akan diberi hadiah berupa rambut palsu era agogo (oklah tu, dari tak dpt langsung)

'

'

'

'

'

'

'


KEPADA GADIS DI DALAM GAMBAR..
ANDA JANGAN NAK TERSENGEH-SENGEH
ANDA KINI DIBURU!!!!!

(0rang sebelah tu, jangan dok menyanyi je..walaupun gambar anda blurr jangan ingat kami tak nampak anda sedang buat apa?? karoke kannn...)

dari aku yang tengah marah!

No comments:

Post a Comment