Monday, September 14, 2009

Baju Raye

Ini merupakan kali pertama kami bertiga memakai baju yg agak sedondon dan dlm group of color yg sama. Raya tahun lepas, aku mabuk kepayang..pose ntah ke mana, raya pun ntah ke mana..minggu ke 4 raye masuk sepital sebab hydrated (muntah byk sgt..). 2 kali masuk pulak tu! sekali kat hospital kota tinggi masa balik kg dan seminggu lepas tu plak hospital Pakar Abdul Samad, jb. Masa tu, memang aku ntah perasan ntah tidak masa tu bulan syawal atau tak. Pandangan semua jadi kelam. Yang aku nampak tilam, bantal, plastik muntah..hihkhihkhihk

Bermakna!
Raye thn ni segala dendam beraye akan terbalas...Tapi takde apa sgt pun yang aku beli. Baju raye adalah sikit, kuih raye hubby yg beli dan ada lah sikit2 benda berkaitan raye.. Cuma yang agak excitednya kali ni aku beraya di kampung hubby iaitu Perlis. Jauh tu! Aku ni selama hidup 27thn, mana pernah aku beraya (raye pertama) kat tempat org. Inilah kali pertama. Tahun lepas, aku raye johor. Harap2 raye tahun ni, raye yang mempersonakan aku sekeluarga.

Cite pasal baju raye, baju raye aku ngan hubby semua dah settle. Ingatkan tahun ni, taknaklah tempahkan baju untuk si kecil tu. Sebab dia pun baru 4 bulan. Nak cari saiz baju kurung pun susah. Tapi weekend hari tu, hubby keluar..tetiba dia balik dia belikan baju sikecil tu. Kurung Kedah tu!! itupun hubby kata, terjumpa kat satu stall. Itupun sehelai je ada saiz tu dan kebetulan warna yg agak2 sama ngan kitorang. Nasib raye ni aku ada 2 helai baju. Satu hijau dan satu putih2 coklat. Yang putih coklat tu masuk gak ngan warna hubby ngan budak busyukk tu punya.So, bolehlah si budak busyukk tu join kitorang raye..

Inilah baju raye kitorang bertiga.
Kiri: Hubby Tengah: Aku Kanan: Alisha

Ini lah baju Alisha. Kecik betul.
Akak kedai tu kata, kurung kedah je ada.
Baju kurung leceh nak buat
utk budak yg baru beberapa bulan.


Kalau korang nak tgk Alisha pakai, tggu raye k..nnti aku upload pict. Skrg tokleh lagi, lum raye....

2 comments:

  1. hamik ko raya kat perlis!! jgn lupa pi uma sue perlis..kim salam sekali..hihik..baju alisha tu rasa nak didit jek..comel sgt!

    ReplyDelete
  2. hahahah...aku takut gi umah sue perlis, dia ckp aku nga^nga^ jerk! tak phm..

    ReplyDelete