Thursday, October 1, 2009

TAYAR HAMPIR PECAH

Setelah seminggu kami semua cuti raya di kampung, akhirnya tibalah masa untuk pulang ke KL. Sedih sangat meninggalkan kampung. Rasanya macam lemah sangat badan ni semua nak balik KL semula. Tapi apa boleh buat. Family of three kami dan family mertua ku, semuanya balik KL jumaat. Family mertua aku balik KL kul 9pg. Family of three kami balik lepas solat jumaat.

Syukur alhamdulillah...tuhan masih sayang kitaorang sekeluarga. Amin..sebenarnya apa yang aku nak cite disini adalah pengalaman kitaorang masa on the way nak balik KL. Kitaorang mulakan perjalanan kul 3.30 petang. Tiba-tiba..sampai kat area penang, hubby benti sekejap untuk buang air. Dengan tidak disangka-sangka, hubby TERTENGOK tayar ketenya. Kalau tengok je takpe. Hubby entah kenapa dia siap belek sekejap lak tanpa ada rasa niat pape. Dan dengan tidak semena-mena dia terperasan ada yang tak kene dengan tayar ketenya..rupanya tayar kete dia menunjukan tanda hampir pecah. Kalau tak dibelek mmg tak perasan, tapi bila diamati baru perasan..wah!! apa lagi..kitaorng terus keluar highway dan mencari kedai tayar yang berdekatan.

Nasiblah tak jauh dr highway yg kitaorang kuar tadi ada satu kedai tayar. Bila taukeh kedai tu tengok, dia kata dia takleh pastikan samada tayar ni sempat atau tak untuk sampai KL. So, cara yang terbaik adalah tukar dengan tayar baru. TAK PASAL-PASAL TERBANG $$$...huhuhu. Tapi takpelah nak dibandingkan dengan keselamatan dan nyawa kitaorang semua. Hubby kata, sepatutnya perkara mcm ni tokleh terjadi. Masa balik Johor puasa aritu, kete ni dah hantar service. So, balik Perlis takdelah hubby nak service lagi. Selalunya org yg service kat NISSAN tu, akan bgtahu apa masalah kete awal2. Tapi mungkin diaorg pun tak perasan. Taukeh kedai kete tu kata, tayar kete ni tak rosak..cuma kurang angin yang agak lama yg menyebabkan tayar nak pecah. Kurang angin susah, lebih angin pun susah. Masa ni menyumpah sungguh aku ngan org service kat NISSAN tu sebab tak check betul2 aritu masa service. Masa hubby tanya.."Bang, tayar ni tak kurang angin ker?" diorang jawab "Ooo..Bro jgn risau. tu semua kitaorg yg akan buat dan check.." skarang apa dah jadi??? Bro lah sangat...

Memang welldone kedai ni. Korang tgk no tel yg tertera.
Jauh lagi tu nak sampai KL...huhuhu

Sian hubby..tiap kali kete dia ada pape, dialah orang paling risau.
Dah macam dia yg taukeh kedai tu sibuk gak nak tgk tayar dia.


Bukan tayar ni yang rosak. tayar sebelah kanan depan
Tayar ni hubby suh diaorang bukak sekali sebab nak check ngan tambah angin.
Berangin jer kitaorang..

Aku ngah melayan Alisha. Alisha boleh suker-suker lak dok kedai ni.
Tangan aku ni dah penat mengipas dia!

Akhirnya kitaorang sampai KL kul 12 mlm.huhuhu...Nak dijadikan cite lagik. Masa kat Perak, hubby baru TERPERASAN, Nat untuk buka spotrim TERTINGGAL!!! Nasib aku simpan resit kedai dan amik gmbr signage kedai tu. Kan ada no tel. Terus hubby call suh taukeh kedai tu poskan. Kalau tak, bila-bila nak bukak spotrim atau tayar macam mana??? celah mana nak carik Nat? Spotrim tu tak boleh bukak kalau takde Nat nya sendiri...


Ingat lagi aku dulu, hubby hilangkan Nat kete lama dia, satu KL cari kedai mana yg leh bukak spotrim kete dia..hampeh takde!! Jadi taknak pisang berbuah 2 kali..nasin taukeh kedai tu baik hati poskan. Pos laju lagik tu! (semoga perniagaan anda welldone se welldone nama kedai anda)

No comments:

Post a Comment